Thursday, June 5, 2008

Salam taaruf..


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh,

Setinggi kesyukuran ana rafaa’kan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia hidayah dan ‘inayahNya, kita dapat terus hidup di muka bumi Allah yang sementara ini..berbekalkan iman dan islam hasil perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.,para sahabat,tabi’in,tabi’ tabi’in dan para daie. Semoga perjuangan mereka sentiasa diingati dan diteruskan oleh generasi syabab masakini agar cahaya Islam dan Iman terus menerangi umat Islam yang dahagakan cahaya kebenaran..

Alhamdulillah, weblog ini merupakan wadah baru ana untuk menyampaikan apa-apa yang mampu ana sampaikan agar menjadi peringatan buat diri ana khususnya dan jua sesiapa sahaja yang sudi melewati weblog ana amnya..Sebagaimana kalam junjungan besar S.A.W. “Ballighu ‘anni walau ayah”(sampaikanlah dari aku walaupun satu ayat),diri ini terasa perlu untuk bersama-sama dengan sahabat-sahabat lain yang telah lebih awal dari ana menyusuri wadah perjuangan dakwah secara maya ini agar Islam dan tarbiyah dapat dikukuhkan dan diperteguhkan..sekiranya ada kekurangan dalam penulisan ana, berilah teguran secara hikmah..semoga ia menjadi pengajaran bersama..

Taaruf ringkas dari ana,

Nama : Mohd Zulhilmi Bin Azelan.

Negeri Asal : Pulau Pinang Pulau Mutiara.

Menetap : Sungai Petani, Kedah.

Lokasi semasa : Iskandariah, Mesir.

Tempat pengajian : Fakulti Perubatan, Universiti Iskandariah, Mesir.

Tahun pengajian : Dua.

Sekian saja kalam bicara pembuka kata dari ana insan yang dhaif ini..

~Setiap kata-kata itu boleh diterima dan ditolak melainkan kata-kata Rasulullah S.A.W.~

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..

Ikhlas dari hati ke hati,

mujahidtibbi

2 comments:

Dr Kadir said...

Salam alayk

tahniah zul, teruskan menyampai ya, moga ada manafaat darinya.

Betulkan niat,insyaAllah ganjaran di sisiNya...:)

Anonymous said...

Belajarlah dengan bersungguh-sungguh cari ilmu seluas di lautan dan cari pengalaman seolah-olah usia 1000 tahun.

Berjuanglah dibidang perubatan dan juga bidang lain.