Monday, September 29, 2008

Secoret Karutan Menjelang Syawal..



Bismillah..tangan ni gatai nk mencoret sesuatu tatkala tggl shari je lg sblom umat Islam di malaysia,mesir dan negara2 lain sama2 menyambut tibanya eidul fitri..so tertaipla serba sket psl prsiapan nk smbut raya kat mesir ni..sbnrnya x prepare pebende pon..sbb xtau nk prepare apebende..baju raya baru?xdak..kita pakai jubah udahle..nk kasi rase cam arab sket..kuih raya?ada2..kuih bakar n baulu je la..tu pun mak n abah trsyg yg pos..klau x,xdela..hai..sayunye..rase cam nk blk msia je..tp dh trlewat dh..tp ana yakin past ada hikmahnya..bayangkn klau smua bdk alex blk msia..xde sape nk urus n smbut junior2 baru yg akan smpai alex 3hb10 ni..

Seseorang yg baru itu buta walaupun pada zahirnya dia celik..so jd tnggungjwb senior2 ni la yg nk tunjukkn jalan yg btul utk adik2 baru tu..rmai plak tu..dekat 200 org..mcm2 background ada..dr sek agama ada..maahad ada..mrsm ada..sek biasa pun ada..tp dari mana diorg dtg itu x penting..yg penting matlamat dan tujuan diorg nk dtg alex ni utk blajar..bukan calang2 ilmu diorg kena blajar nant..bleh kata antara bidang trsushla iaitu perubatan..dan amat besarla harapan ana utk sama2 memastikan produk2 keluaran Universiti Iskandariah,Mesir ni akan bersinar terang di dalam kegelapan umat Islam di malaysia..bukan sekadar menyembuhkan penyakit2 lahiriah tetapi juga mampu memulihkan rohani yg kian dahagakan sinar hidayah Allah..senior2 diorg ni pun dok trkapai2 lg nk abeskn 4tahun lg tempoh pengajian..

InsyaAllah esok kami warga alex yg tggl di alex ni akan berangkat ke cairo utk menyerang kubu2 makanan yg ada di sana..klau dok alex ni,ntah pebende nk mkn nant..kemungkinan kubu pertama yg akan diserang terletak di kwsn sayeda zainab..tu kwsn bdk2 medic cairo U n ain syams U tinggal..kabarnya diorg akan memperolehi hasil yg lumayan berkat kenaikan elaun mara dan jpa utk pljar2 perubatan di mesir..so xde alasan utk tidak membelanja shbt2 yg dtg jauh dari alex ni..jgn risau,kami akan menyumbangkn perut kami utk dipenuhi dgn sgala lauk pauk yg ada..pebendela ngarot ni..ni la symptom penyakit rindu nk beraya di kg..sob3x..final stage ni..sob3x..pada 2hb pula kedengaran Rumah Penang akan membuat rumh trbuka..siap ada satay lg..jadi ana akan dgn tnpa segan silu la akan membuka perut juga..ni xpyh operate punya..just ikut saluran yg telah dipiawaiaikan..3hb plak baru la sgala lemak dan karbohidrat yg telah dikumpul smasa xpdc menggempur kuihmuih dan lauk pauk raya sblum ni digunakan..sbb kena tolong adik2 baru ni menuju destinasi pengajian mereka iaitu Universiti Iskandariah..150org akan duduk asrama mara n belen 50 org lg akan duduk rumah sewa..memg kurusla lepas tu..mntk tolongla shbt2 yg masih brada di alex pada 3hb turun mmbntu kami2 ajk progrm smbutn mahasiswa baru peringkt alex ni..

Bila call rumh, mak ckp nk buat rendang,ketupat n lemang..memg nk teghiaq la dengaq..sabaq2..xpa mak insyaAllah taun dpn kita raya sama2..mntk2 jgnla taun dpn cuti final year sebulan je..please Dr Nagwa..let me celebrate eidul fitri with my family..after 3 years of suffering from medicinitis..mlm ni gak zikir n zuna dtg ziarah..diorg raye kat alex..dgn beberpa kerat lg bdk alex yg teringin nk raya dgn arab kat alex ni..arab ni lepas solat raya diorg xdela ziarah2 ke..diorg balik umh tdo..tu yg best raya dgn arab..

Last but not least, kat cni ana Mohd Zulhilmi Bin Azelan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri kepada smua shbt2 yg mengenali diri ini..kullu sanah wentuu toyyibin..maafkn slh silap,kenakalan dan kelancangan berbicara, dan andainya ada hutang piutang,mntak dituntut agar tidak menjadi beban ana di akhirat kelak..sekian sahaja karutan utk kali ni..wallahu'a'lam..

Friday, September 19, 2008

BADAR KISAS dihazafkan..direalisasikan atau tidak?

Salamullahi alaikum wa salam ramadhan untuk semua..sedaq x sedaq dah nak masuk 10 hari terakhir dlm bulan ramadhan..harap2nya kita dh sedia utk sama2 memulakan strategi utk memburu malam yg lebih baik dari seribu bulan(seribu bulan kira2 sama dgn 83tahun)..sbnrnya nk crita psl benda lain..isu yg hangat dibicarakan di kalangan warga bumi waqafan(KIM,KIK dan KISAS)..iaitu isu pemansuhan BADAR..bukan BADAR AL KUBRO tapi Badan Dakwah Dan Rohani..ini serba sedikit maklumat yg diperolehi dari akhi aminurrashid(sama2 jd naqib dgn ana dulu dlm 1 usrah di KISAS dulu)..pembaharuan2 ini telah dicadangkan oleh Tuan Pngetua KISAS yg baru(kabarnya bernama Ustaz Abdullah)..sama2 kita teliti..


1. Sistem Perwakilan Pelajar.


Pengetua hendak mengimplementasikan satu sistem yang ala-ala sistem perwakilan pelajar di KI pada tahun akan datang. Satu kabinet akan ditubuhkan di kalangan student, yang akan diketuai oleh Perdana Menteri. Daripada ucapannya semalam, saya difahamkan bahawa akan diwujudkan Kementerian- kementerian untuk mengurus hal-ehwal pelajar ini, dan kelab-kelab akan diserapkan di bawah kementerian- kementerian tersebut. Tujuan sistem ini adalah untuk mengintegrasikan skill-skill di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar, dan juga sebagai satu wadah untuk menyelaraskan aktiviti persatuan di KI.

Contoh yang diberi adalah seperti LKP akan diserapkan di bawah Kementerian Keselamatan, PERKISAS akan berada di bawah Kementerian Pendidikan, dan akan wujud satu Kementerian Tarbiyah untuk memantau perjalanan tarbiyah di bumi wakafan.

2. BADAR dan Exco Sementara.

Memandangkan pelaksanannya tahun hadapan, jadi barisan exco baru tidak diumumkan pada kali ini. Sekali imbas, memang BADAR dihazafkan, tetapi pada pandangan saya, BADAR (atau peranan BADAR) akan diletak di bawah Kementerian Tarbiyah ini. Untuk mengisi kekosongan sementara ini, Pengetua membenarkan satu barisan Exco sementara untuk meneruskan agenda-agenda tarbiyah di KI. Di sini mungkin timbulnya kegelisahan di kalangan para pelajar .

3. Persada Baru


Untuk pengetahuan semua, sistem tersebut masih belum difinalizekan lagi, termasuklah sistem pemilihan menteri-menteri, sama ada melalui undian atau sebagainya. Dan setakat yang dimaklumkan kepada saya semalam, Ustaz Rashid sendiri telah memberi ruang untuk ex-ki membuat proposal untuk sistem itu dan menghantarkan kepadanya seminggu selepas raya.

4. Pemilihan Perwakilan Pelajar


Satu lagi isu yang menimbulkan keresahan para pelajar adalah menurut kata-kata Pengetua, final decision maker untuk menentukan siapa yang terpilih adalah pihak pentadbir yang terdiri daripada Pengetua, PK 1 dan PK HEM. MSK akan membincangkan juga isu ini, tapi insya Allah bagi pihak muslimin mungkin kurang merisaukan perkara ini, cuma perbincangan lebih perlu untuk merancang strategi di belah muslimat.

Bagi diri ana yg dhaif ni,warga waqafan x perlukan pembaharuan ni..kerna apa?seelok mana ataupun secanggih mana pun tanzim(sistem) yg dibentuk. x kn menyamai sistem BADAR itu sendiri yg terbukti sejak berdekad2 lamanya telah melahirkan individu2 muslim professional yg mengamalkan Islam sebagai cara hidup dan meneruskan sunnahterbesar Nabi S.A.W.(iaitu dakwah)..x pyhla nak ubah2 dh..walaupun kdg2 ana sendiri x brapa setuju dgn apa yg BADAR buat. tp at least BADAR berjaya membawa kemanisan erti dakwah tu dlm diri ana..dan ana kira sekiranya BADAR dihazafkan,akan hilanglah satu mutiara di antara mutiara2 yg tersimpan di bumi waqafan..na'uzubillahi min zalik..jadi ana menyeru kepada shbt2 yg berada di dalam maupun di luar KISAS, kita sama2 doakan apa yg terbaik utk bumi waqafan yg trcinta..(from d bottom of my heart,seriously I love KISAS)..dan juga semoga Allah kekalkan sistem pentarbiyahan yg sedia ada agar generasi2 waqafan seterusnya dpt trus dilahirkan sebagai insan2 yg memperjuangkan Islam yg sebenar..dan bukannya mendokng sistem pemerintahan barat..ameen ya Robbal 'alamiin..

Sunday, September 7, 2008

Renungan Bulan Ramadhan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna

Kita panjatkan puji syukur ke hadrat Allah swt. Kita ucapkan selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, juga untuk segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa sahaja yang menghidupkan & meneruskan perjuangan dakwahnya hingga hari kiamat.

Saudara & saudari yang mulia. Saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari sisi Allah, assalamu ‘alaikum wa rahmatullah wa barakatuh.

Pada malam ini, yang merupakan akhir bulan Sya’ban, kita hentikan slot kajian kita tentang Al-Qur’anul Karim, tentang kitab Allah swt. Insya Allah, pada sepuluh malam yang pertama bulan Syawal, kita kembali kepada tema tersebut. Setelah itu kita akan membuka slot baru dari ceramah-ceramah Ikhwan, yang temanya insya Allah: Kajian-Kajian tentang Sirah Nabi dan Tarikh Islam.
Ramadhan adalah bulan ruhi, serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah. Sejauh yang saya ingat, ketika bulan Ramadhan menjelang, sebagian Salafus-soleh mengucapkan selamat tinggal sesame mereka & bertemu semula ketika solat hari raya. Kerena mereka rasakan ini adalah bulan untuk menggandakan ibadah, bulan untuk melaksanakan puasa dan qiyam dan kami ingin menyendiri hanya dengan Tuhan kami.

Saudara & saudari sekalian, sebenarnya saya berupaya untuk mencari kesempatan untuk meneruskan pengajian Selasa ini pada bulan Ramadhan, tetapi saya tidak mendapatkan waktu yang sesuai. Jika sebagian besar waktu selama setahun telah digunakan untuk mengadakan kajian-kajian tentang Al-Qur’an, maka saya ingin agar waktu yang ada di bulan Ramadhan ini kita gunakan untuk melaksanakan hasil dari kajian-kajian tersebut. Apatahlagi, ramai di antara kita yang melaksanakan solat tarawih dan memanjangkannya, serta mengejar & mengambil pelunag untuk mengkhatamkan Al-Qur’an di bulan Ramadhan. Ini merupakan cara mengkhatamkan yang indah. Jibril biasa membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an dari Nabi saw. Sekali dalam setahun.

Nabi saw. mempunyai sifat dermawan, dan sifat dermawan beliau ini paling menonjol terlihat pada bulan Ramadhan ketika Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau. Beliau lebih dermawan dan pemurah dibandingkan dengan angin yang ditiupkan. Kebiasaan membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an ini terus berlangsung sampai pada tahun ketika Rasulullah saw dipanggil menghadap kepada Ar-afiq Al-A’la (Allah swt.), maka ketika itu Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau dua kali. Ini merupakan isyarat bagi Nabi saw. bahwa tahun ini merupakan tahun terakhir beliau hidup di dunia.

Saudar & saudari sekalian, Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an. Rasulullah saw. pernah bersabda mengenainya, “Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an
akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafa’at untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanya memberikan syafaat. ” (HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)

Wahai saudara & saudari, dalam diri saya terdetik satu pemikiran yang ingin saya bicarakan. Kerana kita berada di pintu masuk bulan Puasa, maka hendaklah pembicaraan dan renungan kita berkaitan dengan tema bulan Ramadhan.

Saudara & saudari sekalian, kita telah berbicara panjang lebar tentang sentuhan perasaan cinta dan persaudaraan yang dengannya Allah telah menyatukan hati kita, yang salah satu kesannya yang paling terasa adalah wujudnya pertemuan ini kerana Allah. Bila kita tidak akan berjumpa dalam satu tempoh masa, maka bukan bererti bara perasaan ini harus padam atau hilang. Kita tidak mesti melupakan prinsip-prinsip luhur tentang kemuliaan dan persaudaraan kerana Allah, yang telah dibangun oleh hati dan perasaan kita dalam majlis yang baik ini. Sebaliknya, saya yakin bahwa ia akan tetap menyala dalam jiwa sampai kita biasa berjumpa kembali setelah masa percutian ini (kuliah selasa malam yang biasa Hassan al Banna sampaikan di’cutikan’ sempena meraikan ramadhan), insyaAllah. Jika ada salah seorang dari Anda melaksanakan solat pada malam Rabu, maka saya berharap agar ia mendoakan kebaikan untuk ikhwannya. Jangan Anda lupakan ini! Kemudian saya ingin Anda selalu ingat bahwa jika hati kita merasa dahaga akan perjumpaan ini selama minggu-minggu tersebut, maka saya ingin Anda semua tahu bahwa dahaganya itu akan dipuaskan oleh mata air yang lebih utama, lebih lengkap, dan lebih tinggi, iaitu hubungan dengan Allah swt., yang merupakan cita-cita terbaik seorang mukmin bagi dirinya, di dunia maupun akhirat.

Kerana itu, saudara & saudari sekalian, hendaklah Anda semua berusaha agar hati Anda menyatu dengan Allah swt. Pada malam-malam bulan mulia ini. Sesungguhnya puasa adalah ibadah yang dikhususkan oleh Allah swt. bagi diri-Nya sendiri. “Semua amalan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa. la untuk-Ku dan Aku akan memberikan balasannya.”

Ini mengisyaratkan bahwa setiap amal yang dilaksanakan oleh manusia mengandung manfaat lahiriah yang bisa dilihat, dan di dalamnya terkandung semacam bagian untuk diri kita. Kadang-kadang jiwa seseorang terbiasa dengan solat, sehingga ia ingin melaksanakan banyak solat sebagai hak bagi dirinya. Kadang-kadang ia terbiasa dengan zikir, sehingga ia ingin banyak berdzikir kepada Allah sebagai hak bagi dirinya. Kadang-kadang ia terbiasa dengan menangis kerana takut kepada Allah, maka ia ingin banyak rnenangis kerana Allah sebagai memberi hak bagi dirinya. Adapun puasa, dalamnya tidak terkandung apa pun selain larangan. Ia harus melepaskan diri dari bermacam keinginan terhadap apa yang menjadi bagian dirinya. Bila kita terhalang untuk berjumpa satu sama lain, maka kita akan banyak masa kerana bermunajat kepada Allah swt. Dan berdiri di hadapan-Nya, khusus-nya ketika melaksanakan solat tarawih.

Saudara& saudari sekalian, hendaklah sentiasa ingat bahwa Anda semua berpuasa kerana melaksanakan perintah Allah swt. Maka berusahalah sungguh-sungguh untuk beserta dengan Tuhan Anda dengan hati Anda pada bulan mulia ini. Ramadhan adalah bulan keutamaan. Ia mempunyai kedudukan yang agung di sisi Allah swt. Hal ini telah dinyatakan dalam kitab-Nya, “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang batil).” (Al-Baqarah:185)

SAudara & saudari, pada akhir ayat ini Anda mendapati: “Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” (Al-Baqarah: 185)

Dengan penyempurnaan puasa ini, Allah swt. akan memberikan hidayah kepada hamba-Nya. Jika Allah memberikan taufiq kepada Anda untuk menyempurnakan ibadah puasa ini dalam rangka mentaati Allah, maka ia adalah hidayah dan hadiah yang patut disyukuri. “Dan hendaklah kalian mencukupkan bilangannya dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, supaya kalian bersyukur.” (Al-Baqarah: 185)

Kemudian, lihatlah kesan dari semua ini. “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah; 186)

Saudara & saudari, di sini Anda melihat bahwa Allah Yang Maha Benar meletakkan ayat ini di tempat ini untuk menunjukkan bahwa Dia swt. paling dekat kepada hamba-Nya adalah pada bulan mulia ini. Allah swt. telah menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan yang sangat istimewa. Mengenai hal ini terdapat beberapa ayat dan hadits. Nabi saw. bersabda, “Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan akan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah Yang Mahabenar swt “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Dan wahai pencari kebaikan, kemarilah!”

Saudara & saudari, pintu-pintu surga dibuka, kerana manusia berlumba-lumba melaksanakan ketaatan, ibadah, dan taubat. Syaitan-syaitan dibelenggu, kerana manusia akan beralih kepada kebaikan, sehingga syaitan tidak mampu berbuat apa-apa. Hari-hari dan malam-malam Ramadhan, merupakan masa-masa kemuliaan yang diberikan oleh Al-Haq swt., agar orang-orang yang berbuat baik menambah kebaikannya dan orang-orang yang berbuat jahat mencari karnia Allah swt. sehingga Allah mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang dicintai dan didekatkan kepada Allah.

Keutamaan dan keistimewaan paling besar bulan ini adalah bahwa Allah swt. telah memilihnya menjadi waktu turunnya Al-Qur’an. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh bulan Ramadhan. Kerana itu, Allah swt. menyebutkannya dalam kitab-Nya.” (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an.” (Al-Baqarah: 185)

Ada kaitan antara turunnya Al-Qur’an dengan bulan Ramadhan. Kerana puasa ertinya menahan diri dari hawa nafsu dan syahwat. Ini merupakan kemenangan hakiki dalam diri manusia. Ini bererti bahwa jiwa, ruh, dan pemikiran manusia pada bulan Ramadhan akan menghindari tuntutan-tuntutan jasmani. Dalam keadaan seperti ini, ruh manusia berada di puncak kejernihannya, kerana ia tidak disibukkan oleh syahwat dan hawa nafsu. Ketika itu ia dalam keadaan paling siap untuk memahami dan menerima ilmu dari Allah swt. Kerana itu, bagi Allah, membaca Al-Qur’an merupakan Ibadah paling utama pada bulan Ramadhan yang mulia.

Pada kesempatan ini, saya akan meringkaskan untuk Anda semua pandangan-pandangan saya tentang kitab Allah swt., dalam kalimat-kalimat ringkas.

Saudara & saudari yang mulia, tujuan-tujuan asasi dalam kitab Allah swt. dan prinsip-prinsip utama yang menjadi landasan bagi petunjuk Al-Qur’an ada empat:

1. Perbaiki Aqidah

Anda mendapati bahwa Al-Qur’anul Karim banyak menjelaskan masalah aqidah dan menarik perhatian kepada apa yang seharusnya tertanam sungguh-sungguh di dalam jiwa seorang mukmin, agar ia mampu mengambil manfaatnya di dunia dan di akhirat. Keyakinan bahawa Allah swt. adalah Yang Maha Esa, Yang Mahakuasa, Yang menyandang seluruh sifat kesempurnaan dan bersih dari seluruh kekurangan. Kemudian keyakinan kepada hari akhirat, agar setiap jiwa dihisab tentang apa sahaja yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya. Jika kita menamati ayat-ayat mengenai aqidah dalam Al-Qur’an, nescaya kita mendapati bahawa keseluruhannya mencapai lebih dari sepertiga Al-Qur’an. Allah swt. berfirman dalam surat Al-Baqarah, “Hai manusia, beribadahlah kepada Rabb kalian Yang telah menciptakan kalian dan orang-orang yang sebelum kalian, agar kalian bertaqwa. Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagi kalian dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untuk kalian; kerana itu janganlah kalian mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kalian mengetahui.” (Al-Baqarah: 21-22)

Allah swt. juga berfirman dalam surat Al-Mukminun, “Katakanlah, Kepunyaan siapa-kah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak ingat?’ Katakanlah, ‘Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya ‘Arsy yang besar?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak bertaqwa?’ Katakanlah, ‘Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (adzab)-Nya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kalian ditipu?’ Sebenar-nya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka, dan sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta.” (Al-Mukminun: 84-90)

Allah swt. juga berfirman “Apabila sangkakala ditiup maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu dan tidak pula mereka saling bertanya. Barangsiapa yang berat timbangan (kebaikannya) maka mereka itulah orang-orang yang dapat keberuntungan. Dan barangsiapa yang ringan timbangan (kebaikannya), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahanam.” (Al-Mukminun: 101-103)

Allah swt. juga berfirman, “Apabila bumi diguncangkan dengan guncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya. Dan manusia bertanya, ‘Mengapa bumi (jadi begini)?’ Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.” (Az-Zalzalah: 1-8)

Allah swt. Berfirman lagi, “Hari Kiamat. Apakah hari Kiamat itu? Tahukah kalian apakah hari Kiamat itu?” (Al-Qari’ah: 1-3) Dalam surat lain Allah berfirman, “Bermegah-megahan telah melalaikan kalian. Sampai kalian masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui (akibat perbuatan kalian itu). Dan janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui.” (At-Takatsur: 1-4)

Saudara & saudari, ayat-ayat ini menjelaskan hari akhirat dengan pen-jelasan yang jitu yang mampu mengetuk dan melembutkan hati yang keras.

2. Pengaturan Ibadah

Anda juga membaca firman Allah swt. mengenai ibadah. “Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat.” (Al-Baqarah: 43) “…diwajib-kan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian.” (Al-Baqarah: 183) “…mengerjakan haji adalah kewa-jiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.” (Ali-Imran: 97) Maka aku katakan kepada mereka, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.” (Nuh: 10) Dan banyak lagi ayat-ayat lain mengenai ibadah.

3. Pengaturan Akhlak

Mengenai pengaturan akhlak, Anda biasa membaca firman Allah swt. “Dan demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)-nya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya.” (Asy-Syams: 7-8) “…Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan yang ada dalam diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’d:11) “Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran. (Yaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak perjanjian. Dan orang-orang yang sabar kerana mencari ridha Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik). (Yaitu) surga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang shalih dari bapak-bapaknya, istri-istrinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu. (Sambil mengucapkan), ‘Salamun ‘alaikum bima shabartum (keselamatan atasmu berkat kesabaranmu),’ maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (Ar-Ra’d: 19-24) Wahai Akhi, Anda mendapati bahwa akhlak-akhlak mulia bertebaran dalam kitab Allah swt. dan bahwa ancaman bagi akhlak-akhlak tercela sangatlah keras. “Dan orang-orang yang memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di bumi, orang-orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahanam).” (Ar-Ra’d: 25)

Inilah peraturan-peraturan tersebut, sebenarnya, peraturan-peraturan itu lebih tinggi daripada yang dikenal oleh manusia, kerana di dalamnya terkandung semua yang dikehendaki manusia untuk mengatur urusan masyarakat.

Saudara & saudari tercinta, hendaklah Anda semua menjalin hubungan dengan kitab Allah. Bermunajatlah kepada Tuhan dengan kitab Allah. Hendaklah masing-masing dari kita memperhatikan prinsip-prinsip dasar yang telah saya sebutkan ini, kerana itu akan memberikan manfaat yang banyak kepada kita. Insya Allah kita akan mendapatkan manfaat darinya.

Buat akhirnya, kuntuman salawat dan salam dilimpahkan kepada Sayidina Muhammad dan kepada segenap keluarga dan sahabatnya.

Thursday, September 4, 2008

Usrah itu tak wajib @ wajib?



"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun."

33:23

Usrah itu tak wajib @ wajib?
Dilulus terbit pada Sunday, August 31 @ 11:10:00 MYT oleh SongkokPutih
Oleh muhakim

"
Abang Hakim, usrah tu wajib ke? “ satu soalan keluar dari peserta muslimat Simposium Nuqaba’ anjuran Rakan Masjid. Kelihatan muka peserta yang lain menanti dengan penuh tanda tanya.

“ Usrah itu wajib dan tak wajib”. Jawab ana dengan tenang dan yakin. “Aik, macam mana pula tu?” Soal pula peserta muslimat yang lain. Ana sudah duga persoalan itu akan keluar. Mulut mengukir senyum. Bagus, stratergi untuk memancing minat mereka bertanya dah mengena.

Begini, usrah itu wajib kepada orang yang menjadi ahli da’wah dan tidak wajib kepada yang bukan ahli da’wah.” Permulaan jawapan yang sengaja dibiarkan berselirat. Ya. Umpan mengena lagi, kali ini dari adik muslimin. “Erm.. macam mana tu abang hakim, bukan ke setiap orang yang mengatakan lailaha illa allah itu seorang daie”. Jelas kelihatan dan keserabutan di muka setiap peserta.

Slot tengahari memang sukar untuk dipenuhi. Mata mudah mengantuk. Badan cepat letih. Sebab itu ana mengambil pendekatan provokasi dalam menyempurnakan slot ketika cinta bertasbih tengahari ini. Slot yang menjemput naqib yang pernah mengendalikan smart group dengan jayanya satu ketika dahulu. Entah kenapa, komiti gatal menjemput ana dan ana pula terlepas cakap memberi persetujuan. Sedangkan, ana bukanlah yang terbaik. Namun, kerana Allah demi Islam, ana galas juga amanah ini.

Ana menjawab, “Sebenarnya, kewajiban menyertai usrah ini jatuh kepada ahli da’wah iaitu orang yang telah berintima’ @ menyertai jemaah islam secara langsung. Sebagai analogi, hanya orang yang mendaftar di university sahaja yang wajib masuk ke lecture. Masyarakat yang tidak mendaftar di universiti tidak wajib untuk masuk ke lecture walaupun umur mereka sebaya.”

Justeru, dengan persetujuan menyertai jemaah islam bererti kita telah bersetuju menurut segala
perancangan yang disusun oleh jemaah. Perkara pokok sebuah jemaah ialah tarbiyyahnya dan tunjang tarbiyyah ialah usrah.

Menyertai usrah adalah wajib kepada ahli jemaah kerana disitu tempat percambahan fikrah jemaah berlaku. “Abang Hakim, maknanya usrah tue tempat kita menuntut ilmu ye?” seorang peserta mengajukan soalan. Ana tersenyum. Bagus, mereka semua bersemangat dan tidak tidur.

“Usrah bukanlah tempat menuntut ilmu!” Beberapa orang peserta kelihatan tercengang dan terkebil-kebil mata. Ana menyambung lagi, “Usrah juga bukanlah tempat untuk berukhuwwah” Kelihatan kerut di beberapa muka peserta. Sengaja ana biarkan mereka terus berfikir.

Sebenarnya usrah adalah tempat untuk kita berbincang, bukan untuk menadah kitab. Usrah bukanlah tempat untuk berukhuwwah, tapi tempat untuk membina ukhuwwah. Outcome dari usrah barulah kita katakan mendapat ilmu dan ukhuwwah.

Sebagai analogi, di kilang kereta,
orang tak naik kereta. Di situ tempat buat kereta. Dari besi yang besar, keras serta tidak berwarna, ia diketuk, dipanaskan , di pandu uji , dibentuk acuan dan kemudian dicat. Besi itu dipasangkan pula dengan stering, tayar , cermin dan pelbagai lagi. Setelah proses ‘tarbiyah’ itu berlaku, barulah sebuah kereta yang canggih dan lawa di pasarkan. Berebut-rebutlah kita memuji kemantapan kereta itu. Itu jika proses pembuatannya teliti, kalau cincai…. Bersiap sedialah dengan komen dan kutukan pengguna.

Begitulah dengan usrah, segala proses pembentukan itu berlaku dalam usrah. Dari seorang yang tidak dikenali kepada orang yang terkenal. Hasilnya hanya dapat dilihat di luar usrah. Sebab itu dahulu pernah dipopularkan satu istilah, “Usrah yang sebenar bermula dengan tasbih kafarah dan berakhir dengan al fatihah.”

Muka peserta sudah mula cerah. Awan redup keliru mula berarak pergi. Kini perlu menghuraikan jawapan tidak wajib usrah pula. Peserta semakin tekun dan fokus. Perasaan ingin tahu mereka dicabar. Bagaimana satu soalan boleh ada dua jawapan yang bertentangan?

Tidak wajib menyertai usrah kerana dia bukan ahli da’wah. Menurut al Fadhil Ustaz Fathi Yakan, mad’u boleh diklasifikasikan kepada 2 golongan. Golongan istifadiah dan golongan jamhariah.

Golongan istifadiah ialah golongan ekslusif. Mereka sudah ada kesedaran islam. Bahkan mereka sudah mula dan mahu menyebarkan islam. Bagi golongan ini, mereka wajib berusrah kerana mereka merupakan golongan yang sudah berintima dengan jemaah. Mereka inilah yang kita gelarkan sebagai ahli da’wah.

Golongan jamhariah ialah golongan orang awam. Mereka baru nak berjinak-jinak dengan Islam. Kalau di UTP, mereka ialah adik-adik smart
group. Mereka belum lagi menjadi ahli da’wah. Pendekatan kena berbeza dengan orang yang berlatar belakang pendidikan Islam. Kena banyakkan program sampingan seperti ziarah, riadah, makan bersama, rehlah dan apa sahaja yang boleh menarik minat.

Rumusan sudah dibuat. Peserta mengangguk-angguk tanda faham. Selepas habis slot tengahari itu, ana pasang satu video klip gambar usrah yang ana kendalikan. Ada yang kehairanan. Tiada pun ‘sut usrah’ yang kami pakai ketika usrah?

Ya, memang tiada set jubah dan serban dalam usrah kami. Wahai adikku sayang, tiada siapa kata usrah hanya boleh dijalankan di masjid semata bukan? Ingatlah , usrah bukanlah tempat untuk menuntut ilmu, tapi tempat untuk membina kefahaman. Selamat berusrah adik-adikku. (^^)/"

hal jaza'ul ihsani ilal ihsan

Arrahman : 60

Tuesday, September 2, 2008

*Surat Fatimah Gemparkan Kota Baghdad*



Fatimah adalah seorang saudara perempuan seorang mujahid yang terkenal di
daerah Abu Gharib, yang berasal dari sebuah keluarga yang terkenal kebaikan
dan ketaqwaannya. Suatu hari pasukan AS menyerbu rumahnya, dengan tujuan
menangkap saudaranya. Namun karena mereka tidak dapat menemukannya, pasukan
AS menangkap Fatimah dengan tujuan memaksa saudaranya menyerahkan diri.
Surat tulisan tangan Fatimah, baru-baru ini berhasil diselundupkan keluar
dari penjara Abu Gharib, surat ini menggambarkan penderitaan para tawanan
wanita akibat perbuatan terntara AS. Segera surat ini tersebar dan
menghebohkan kota Baghdad , mengirimkan gelombang yang akan terus berlanjut
ke seluruh Iraq ! *
Mafkarat al-Islam* berhasil mendapatkan salinan surat tersebut. *

Bismillahirrahmanirrahiim.* *

*Say He is God the One; God the Source [of everything]; Not has He fathered,
nor has He been fathered; nor is anything comparable to Him.* [*Qur*an*,
Surat 112 *al-Ikhlas*]* *

Saya menulis surat Al-Ikhlas ini karena mempunyai arti yang mendalam bagi
saya, dan menimbulkan getaran di hati orang-orang yang beriman.* *
Saudaraku mujahidin di jalan Allah* Apa yang dapat kukatakan padamu?* *Saya
katakan, rahim-rahim kami telah terisi dengan janin akibat perkosaan yang
dilakukan keturunan kera dan babi itu. Mereka telah menodai tubuh
kami,meludahi muka kami, dan merobek-robek Al-Quran untuk digantungkan
ke
leher-leher kami. Allahu Akbar.* *
Tidakkah kau mengerti tentang kejadian yang menimpa kami? Betulkah kau tidak
tahu ini terjadi pada kami? Kami saudaramu, dan Allah akan meminta
tanggungjawabmu tentang kejadian ini kelak.** **
Demi Allah, tidak semalam pun kami lewatkan di penjara ini kecuali mereka
mendatangi salah satu dari kami untuk melampiaskan nafsu setannya.. Padahal
kami selalu menjaga kehormatan kami karena takut kepada Allah. Takutlah pada
Allah! Bunuhlah kami bersama mereka! Hancurkan mereka bersama kami! Jangan
biarkan kami di sini agar mereka bisa bersenang-senang memperkosa
kami,sesungguhnya ini adalah sebuah perbuatan dosa besar di sisi
Allah. Takutlah
pada Allah akan urusan kami. Biarkan (jangan serang) tank dan pesawat
mereka. Datanglah pada kami di penjara Abu Ghurayb.* *
Saya saudaramu karena Allah. Mereka memperkosa saya lebih dari
sembilan kalidalam satu hari. Bisakah kau bayangkan? Bayangkan
salah satu saudaramu diperkosa. Bersama saya ada 13 gadis, semuanya belum
menikah..* *
Semuanya telah diperkosa didepan mata kami semua.* *
Mereka melarang kami untuk sholat. Mereka mengambil pakaian kami, dan
membiarkan kami telanjang.. Saat surat ini saya tulis, seorang diantara kami
telah bunuh diri setelah diperkosa beramai-ramai. Seorang tentara memukulnya
di dada dan paha setelah memperkosanya, lalu menyiksanya. Gadis itu kemudian
bunuh diri dengan memukulkan kepalanya ke tembok penjara, karena dia sudah
tidak sanggup menerima ini. Meskipun bunuh diri dilarang oleh Islam, saya
memaklumi perbuatannya** *Saya hanya berharap, semoga Allah mengampuninya,
sesungguhnya Dia Maha engampun.* *
Saudaraku, saya katakan padamu lagi, takutlah pada Allah. Hancurkan kami
bersama para tentara itu, agar kami bisa beristirahat dalam damai.* *
Tolonglah kami, tolonglah kami, tolonglah kami** * Waa Mu*tasimah!.* *
Surat ini telah berakhir, namun penderitaan penulisnya dan para muslimah
belum berakhir.* *
Hatta mataa haadza s-sukuut !!* *
Ini yang sudah kesekian kalinya terjadi..* *Entah berapa lagi akan segera
menyusul* *Kemaren, hari ini dan besok* *Begitu seterusnya..* *

Ya Rabb
nasyku ilaika da'fa quwwatina*
Wa qillata hiilatina *
Allahumma n-shurna nashran adziima*
*Allahuma 'alaika bil haaula l-kuffar*
*Allahuma 'alaika biman adzaa l-muslimin..*

catatan: sebarkan agar semuanya bisa mengetahui keadaan ini.

Wajazaakallahu khairan.

Monday, September 1, 2008

Umrah & Ziarah 2008


Kondisi dlm kapal menuju pelabuhan Yanbu'



Singgah makan nasi bukhari smasa dlm prjalanan menuju Madinatul Munawwarah..



Di hadapan Babul Baqi' seusai menziarahi maqam Nabi Muhammad S.A.W.



Masjid Nabawi atau Masjid Nabi adalah masjid kedua dibina Nabi S.A.W.dan para sahabat slps Masjid Quba..



Yasir,ana,ihsan,pit dan Zaid haula Masjidin Nabawi..



Sesungguhnya kami bersaksi bahawa Muhammad S.A.W. itu kekasih dan pesuruh Allah..



Di atas Jabal Rummah(bukit di mana pasukan pemanah tentera Islam brkubu dlm Ma'rikatul Uhud)



Merenung Jabal Uhud dari puncak Jabal Rummah..



Maqam Saidina Hamzah bin Abdul Muthalib(Sayyidus Syuhada)



Jabal Rummah..



Masjid Qiblatain di mana prtukaran arah qiblat dr masjidil aqsa ke masjidil haram brlaku..




Masjid Quba(masjid pertama dibina oleh Nabi S.A.W. dan para sahabat dlm peristiwa hijrah)



Dalam bas menuju masjidil haram utk umrah kali pertama..




Merenung Kaabah..menyejukkan hati dan mendamaikan jiwa..




Jabal Tsur (Jabal di mana Gua Tsur terletak)..