Friday, September 19, 2008

BADAR KISAS dihazafkan..direalisasikan atau tidak?

Salamullahi alaikum wa salam ramadhan untuk semua..sedaq x sedaq dah nak masuk 10 hari terakhir dlm bulan ramadhan..harap2nya kita dh sedia utk sama2 memulakan strategi utk memburu malam yg lebih baik dari seribu bulan(seribu bulan kira2 sama dgn 83tahun)..sbnrnya nk crita psl benda lain..isu yg hangat dibicarakan di kalangan warga bumi waqafan(KIM,KIK dan KISAS)..iaitu isu pemansuhan BADAR..bukan BADAR AL KUBRO tapi Badan Dakwah Dan Rohani..ini serba sedikit maklumat yg diperolehi dari akhi aminurrashid(sama2 jd naqib dgn ana dulu dlm 1 usrah di KISAS dulu)..pembaharuan2 ini telah dicadangkan oleh Tuan Pngetua KISAS yg baru(kabarnya bernama Ustaz Abdullah)..sama2 kita teliti..


1. Sistem Perwakilan Pelajar.


Pengetua hendak mengimplementasikan satu sistem yang ala-ala sistem perwakilan pelajar di KI pada tahun akan datang. Satu kabinet akan ditubuhkan di kalangan student, yang akan diketuai oleh Perdana Menteri. Daripada ucapannya semalam, saya difahamkan bahawa akan diwujudkan Kementerian- kementerian untuk mengurus hal-ehwal pelajar ini, dan kelab-kelab akan diserapkan di bawah kementerian- kementerian tersebut. Tujuan sistem ini adalah untuk mengintegrasikan skill-skill di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar, dan juga sebagai satu wadah untuk menyelaraskan aktiviti persatuan di KI.

Contoh yang diberi adalah seperti LKP akan diserapkan di bawah Kementerian Keselamatan, PERKISAS akan berada di bawah Kementerian Pendidikan, dan akan wujud satu Kementerian Tarbiyah untuk memantau perjalanan tarbiyah di bumi wakafan.

2. BADAR dan Exco Sementara.

Memandangkan pelaksanannya tahun hadapan, jadi barisan exco baru tidak diumumkan pada kali ini. Sekali imbas, memang BADAR dihazafkan, tetapi pada pandangan saya, BADAR (atau peranan BADAR) akan diletak di bawah Kementerian Tarbiyah ini. Untuk mengisi kekosongan sementara ini, Pengetua membenarkan satu barisan Exco sementara untuk meneruskan agenda-agenda tarbiyah di KI. Di sini mungkin timbulnya kegelisahan di kalangan para pelajar .

3. Persada Baru


Untuk pengetahuan semua, sistem tersebut masih belum difinalizekan lagi, termasuklah sistem pemilihan menteri-menteri, sama ada melalui undian atau sebagainya. Dan setakat yang dimaklumkan kepada saya semalam, Ustaz Rashid sendiri telah memberi ruang untuk ex-ki membuat proposal untuk sistem itu dan menghantarkan kepadanya seminggu selepas raya.

4. Pemilihan Perwakilan Pelajar


Satu lagi isu yang menimbulkan keresahan para pelajar adalah menurut kata-kata Pengetua, final decision maker untuk menentukan siapa yang terpilih adalah pihak pentadbir yang terdiri daripada Pengetua, PK 1 dan PK HEM. MSK akan membincangkan juga isu ini, tapi insya Allah bagi pihak muslimin mungkin kurang merisaukan perkara ini, cuma perbincangan lebih perlu untuk merancang strategi di belah muslimat.

Bagi diri ana yg dhaif ni,warga waqafan x perlukan pembaharuan ni..kerna apa?seelok mana ataupun secanggih mana pun tanzim(sistem) yg dibentuk. x kn menyamai sistem BADAR itu sendiri yg terbukti sejak berdekad2 lamanya telah melahirkan individu2 muslim professional yg mengamalkan Islam sebagai cara hidup dan meneruskan sunnahterbesar Nabi S.A.W.(iaitu dakwah)..x pyhla nak ubah2 dh..walaupun kdg2 ana sendiri x brapa setuju dgn apa yg BADAR buat. tp at least BADAR berjaya membawa kemanisan erti dakwah tu dlm diri ana..dan ana kira sekiranya BADAR dihazafkan,akan hilanglah satu mutiara di antara mutiara2 yg tersimpan di bumi waqafan..na'uzubillahi min zalik..jadi ana menyeru kepada shbt2 yg berada di dalam maupun di luar KISAS, kita sama2 doakan apa yg terbaik utk bumi waqafan yg trcinta..(from d bottom of my heart,seriously I love KISAS)..dan juga semoga Allah kekalkan sistem pentarbiyahan yg sedia ada agar generasi2 waqafan seterusnya dpt trus dilahirkan sebagai insan2 yg memperjuangkan Islam yg sebenar..dan bukannya mendokng sistem pemerintahan barat..ameen ya Robbal 'alamiin..

No comments: