Saturday, May 23, 2009

Sedikit perkongsian..

Salam 'alaikum..

Klau nak tahu fokus Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA), bleh tgk video ni..moga dpt memberi sdikit kefahaman..

Klau nk tau psl proses pembinaan individu muslim plak, bleh tgk video ni..

 

Ni plak Ustaz Abdullah Zaik(Presiden ISMA) dalam rancangan Al-Kuliyyah..

Antara program yg dianjurkan ISMA di Malaysia..

Moga video2 ini mampu memberikan sedikit penerangan tentang apa itu ISMA..perlu diingatkan, ISMA adalah salah sebuah NGO yg bergerak aktif di Malaysia & di sluruh dunia..berlapang dadalah..satu aqidah,satu ad-din dan satu matlamat..bergeraklah kita dan berlumba2lah membuat kebaikan..juga bertolong bantulah antara 1 sama lain..

wallahua'lam..

Monday, May 18, 2009

Nasihat Seorang Sahabat Mutazawwij..

Nasihat Seorang Sahabat Mutazawwij..

Bismillah..

di bwh ini adalah nasihat dari sahabat ana, Amir Bin Abdul Razak(medic jordan tahun 4)  yg telah mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lepas..nasihat ini adalah khusus kpd shbt2nya yg masih belum berumah tangga..juga kepada mereka yg sedang hangat ber 'couple'..ringkas & padat..jazakallahu khairan jazak ya akhi..inni uhibbuka fillah..walau ehna sakin ba'idan, lakin qulubun bita'na uraib giddan..moga Allah memberkati & meredhai kehidupanmu di dunia & akhirat..ana kongsikan nasihat2nya di sini mudah2an menimbulkan rasa keinsafan pada hati2 yg sudi menerima..

Terima kasih kpd kawan2 smua khususnya yg duk kat obersi tu, walaupun tak dapat datang ke majlis sy pd bulan 6 ni, terima kasih la sbb bgtau yg korang sibuk, ada exam, tak cuti dsbnya..

Sbnarnya mmg asalnya bercadang nk buat majlis pd bulan 8 ni sbb time tu lebih ramai kawan2 semua dapat hadir. kawan2 di jordan pun mostly balik bulan 8 ni sbb 1st time dapat balik beraya time cuti.. Tp memandangkan family dah sepakat majlis kawen sy tu digabungkan dgn majlis abg sy pd bulan 6 ni, so tak dapat la nk tangguhkan.. InsyaAllah klu ada rezki, kita jumpa lain kali.. 

Buat kawan2 yg masih bujang tu, jgn risau la klu nk melangkah ke alam perkahwinan sbb makin cepat kawen, makin cepat dapat anak (hihi). takde la. sapa yg lebih awal kawen, lebih cepat la dia sempurnakan agama dia sbb nabi kata, orang yg dah kawen ni dah sempurna separuh dari agamanya. tinggal separuh je lagi iaitu taqwa.. (Alhamdulillah) . Klu ada sape2 yg duk biasa ber'couple' tu(minta maaf), nasihat sy, berhenti la slow2 sbb esok2 nnti bila dah kawen, susah nk bina kebahagiaan rumah tangga (ni pengalaman orang lain la) dan kurang berkat.

sbb pertamanya Allah tak redha. Kedua, pd kebiasaannya, tabiat @ gaya hidup orang yg ber'couple' sblum kawen ni akan berterusan selepas perkahwinan. Jadi bayangkanlah dlm sesebuah rumahtangga, klu si suami tu jenis orang bebas bergaul ngan pempuan@ beramah mesra la katakan, confirm isteri dia akan jealous dan cemburu tahap ke-8 kat dia sbb beramah mesra dgn pempuan tu adalah hak isteri dia sorang je.

so tak sepatutnyalah si suami tu kongsi hak tu dgn pempuan lain.. Lepas tu, akan timbul la rasa kurang percaya & sangsi si isteri terhadap suaminya itu. akhirnya, fikir2lah sendiri apa yg akan terjadi. Ni klu si isteri tu orang yg faham agama. klu kes lain yg mana si isteri tu jenis 2x5 dgn suami yg 'huha-huha', lagi la bahaya sbb bleh jadi si isteri ni akan ikut perangai suami dia yg suka bergaul bebas dgn lain jantina. Suami ada hati kat pempuan lain, isteri ada hati kat lelaki lain. (Hmm..mmg 'cantik'. Na'uzubillah. .) Itulah sikit sbnyak apa yg sy dapat faham & kongsi slps dah kawen selama setengah tahun ni. (masih setahun jagung lagi)

Anyway, saya yakin semua product kisas ni kebanyakan soleh solehah belaka, alhamdulillah. . (mungkin berkat tarbiah di kisas selama 2 tahun). Saya doakan sahabat2 semua dan diri sy terpelihara dari sebarang fitnah, gosip2 dan fahaman2 yg tak elok pd masa kini. Terima kasih skali lagi sy ucapkan kpd semua.

Semoga jumpa lagi,

Wassalam.


Wednesday, May 13, 2009

Buat yang bernama PEMIMPIN..(Sedikit peringatan & teguran drpd yg dipimpin)

Buat yg bernama PEMIMPIN(Sedikit peringatan & teguran drpd yg dipimpin)
  Umar Ibnu Abdul Aziz seringkali menangis di malam hari sepanjang tempoh beliau menjadi khalifah. Apabila khadamnya bertanyakan hal tersebut beliau menjawab,
"Bukan engkau yang akan berhadapan dengan Tuhan di Akhirat kelak. Seluruh anggota tubuh serta apa sahaja yang menjadi milikku, Tuhan akan perhitungkan. Itu pun belum tentu aku akan selamat. Betapalah kini seluruh urusan umat tertanggung di atas bahu aku."

   
Begitulah sikap pemimpin yang bertaqwa. Taqwa itulah kelayakan paling utama sebagai pemimpin. Taqwa itulah modal utama beliau melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan benar-benar tepat menurut kehendak Allah SWT dan RasulNya. Bermodalkan taqwa itulah maka beliau memiliki anugerah Allah SWT yang sangat mahal. Anugerah itu disebut oleh Allah SWT di dalam Al Quran dengan maksudnya:


"Dengan sebab merekalah maka orang lain dibantu. "

"Dengan sebab merekalah maka orang lain diberi rezeki. "


Ertinya bukan mereka sahaja dibantu oleh Tuhan dalam segala urusan, malah orang lain turut mendapat rahmat, bantuan dan pertolongan dari Tuhan.


    Selepas era salafussoleh
, persoalan taqwa sudah tersisih dari kehidupan para pemimpin. Tamadun manusia semakin berkembang tetapi kepentingan taqwa dalam kepimpinan semakin tidak dipedulikan. Apabila keadaan demikian terjadi, pemimpin semakin renggang dari Tuhan, semakin jauh dari Rasulullah SAW. Akibatnya syariat semakin terbarai dan semakin rosak, kasih sayang semakin pupus. Masyarakat sudah tidak terdidik. Sudah tidak lagi terbangun insaniah, dalam ertikata tidak lagi memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan.


    Di zaman salafussoleh di mana tamadun rohani masih tinggi, masyarakatnya rata-rata masih baik, mereka amat takut dengan jawatan dan pangkat khususnya dalam kepimpinan umat. Sesiapa yang berada di tampok kepimpinan, merekalah yang paling cemas dan bimbang. Merekalah yang sentiasa kecut hati berhadapan dengan keagungan dan kebesaran Tuhan. Kebesaran Tuhan itu benar-benar menjadikan hati mereka sentiasa bergelombang dengan ketakutan. Takut, kerana Maha Besarnya Tuhan itu dengan segala sifat 'Maha'-Nya boleh memusnahkan alam semesta ini dengan sekelip mata saja. Sama saja di sisi Tuhan dalam hendak menjadikan seluruh alam ini dengan berkata, "Jadilah!", maka terjadilah segala-galanya.


    Keadaan kepimpinan di zaman salafussoleh itu sudah tidak terjadi lagi di zaman di mana masyarakat serba rosak ini kepimpinan sudah menjadi idaman dan sebutan. Rata-rata golongan yang sangat 'ambitious' kepada kepimpinan itu sudah tidak lagi merasa takut kepada kebesaran Tuhan. Sudah tidak mempedulikan soal Hari Perhitungan. Sudah melupai akan risiko dan beban berat yang bakal ditanggung. Kepimpinan sudah menjadi lubuk kesenangan, kemewahan dan populariti. Keinginan duniawi sangat jelas terbukti di kalangan pemimpin itu sendiri yang kepentingan diri, keluarga dan suku-sakatlah yang sangat diutamakan berbanding khidmat menyelesai dan memenuhi urusan masyarakat.


    Sebagai pemimpin, Tuhan menjanjikan ganjaran yang amat istimewa seperti disebut oleh Rasulullah SAW dengan maksud, tujuh golongan yang memperolehi naungan Arasy, yang salah satu dari tujuh golongan tersebut ialah pemimpin yang adil. Berdasarkan keterangan Hadis tersebut, terlalu besar perhatian Tuhan terhadap golongan pemimpin. Namun di atas keistimewaan itu perlu diingat bahawa bukan mudah untuk mencapainya. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi amat ketat.
 Betapa besarnya janji Tuhan bagi mereka yang berjaya, begitulah juga berat dan keras pula ancaman Tuhan bagi mereka yang gagal dalam kepimpinan.

    Banyak perkara jangan yang mesti dihindari oleh para pemimpin. Perkara-perkara 'jangan' itu tidaklah dipandang berat oleh Allah SWT andainya dilakukan oleh masyarakat biasa atau rakyat jelata. Dengan kata lain, adalah amat cacat sekiranya perkara-perkara ini dibuat oleh para pemimpin. Di kalangan masyarakat yang bertaqwa, pemimpin tidak punya apa-apa keistimewaan malah mereka terpaksa mencapai kedudukan: “kebajikan bagi orang-orang abrar(orang soleh) itu merupakan dosa bagi orang mugarrabin(orang yang dekat dengan Tuhan)."


    Sebab itulah perkara-perkara 'jangan' bagi pemimpin mesti dijaga agar kedudukannya terus kekal berbeza dengan rakyat biasa. Antara perkara-perkara jangan itu ialah:

PERTAMA
: Pemimpin jangan dengan mudah merasa selamat. Di hadapan rakyat, seorang pemimpin itu sentiasa diperhatikan kerana pemimpin itu adalah tempat rujukan dan ikutan rakyat. Manakala di sisi Allah SWT pula, bukan saja manusia, terabai tanggungjawab terhadap haiwan pun memungkinkan dipersoalkan oleh Allah SWT.

Rasa selamat itu ertinya sudah lupusnya rasa kehambaan. Sedangkan seorang hamba itu, hendaklah sentiasa merasai berdosa walaupun dalam keadaan tidak berdosa. Betapalah kalau memang berdosa. Mengekalkan rasa kehambaan yang mendalam itulah yang mendorong seorang pemimpin sentiasa merintih dan mengadu kepada Tuhannya agar sentiasa memberi petunjuk dan pimpinan.

Rasa kehambaan juga menjadikan seorang pemimpin itu sentiasa bertaubat memohon keampunan. Taubat itu pula merupakan salah satu saluran bantuan Allah SWT. Selain itu, yang lebih penting ialah seorang pemimpin bertanggungjawab membawa manusia kepada Tuhan. Membawa manusia merasai rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Tanggungjawab atau peranan itu tidak akan berkesan kecuali pemimpin itu sendiri memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan.

KEDUA: Pemimpin jangan tercabar dengan sebarang kritikan. Anggaplah sebarang kritikan umpama ada orang yang memberitahu bahawa dalam baju kita ada lipan. Sekalipun pemimpin tidak bersalah, terimalah lebih dahulu sebarang kritikan. Wibawa seorang pemimpin akan jatuh sekiranya awal-awal lagi sudah memberi reaksi sembrono, gopoh dan melenting.

KETIGA: Pemimpin jangan mudah merajuk. Sedari dan fahamilah bahawa masalah manusia tidak akan selesai dunia Akhirat. Bertambah tidak selesai, bertambah kusut dan buntu andainya pemimpin membawa diri kerana merajuk. Masalah akan terus terbiar sekiranya pemimpin memilih untuk lari dari masalah.

KEEMPAT: Pemimpin jangan menutup pintu perbincangan, muzakarah atau berkongsi idea, buah fikiran dan pandangan. Jgn sekali-kali bersikap tidak menerima perbezaan pendapat, jangan timbul rasa tidak senang terhadap mereka yang memberi pendapat yang bertentangan. Lebih-lebih lagi pantang sama sekali seorang pemimpin itu mencari jalan menghapuskan mereka yang tidak sependapat, ertinya menyamatarafkan mereka sebagai musuh.


KELIMA: Pemimpin jangan suka diampu. Sikap begini akan menjadikan seseorang pemimpin itu di kelilingi oleh pengampu. Pengampu bukan bererti penyokong dan pengampu juga seringkali tidak jujur. Mereka mempunyai muslihat untuk kepentingan diri. Laporan dari para pengampu ini seringkali kurang tepat. Sekiranyaseorang pemimpin itu membuat keputusan dan bertindak atas laporan tidak tepat dari puak pengampu maka akan timbul berbagai fitnah di dalam masyarakat.


KEENAM: Pemimpin jangan hanya bersedia terhadap orang atau sesuatu keadaan yang menyenangkan saja, yakni kalau tidak selesa mudah menarik muka dan menarik diri. Kalau tidak sesuai dengan selera dan keselesaan diri maka ditolaknya. Pemimpin yang bersikap begini adalah pemimpin yang lemah, yang tidak berupaya menanggung risiko. Kalau pemimpin tidak mahu mengambil risiko, betapalah rakyat biasa.


    Mana-mana pemimpin yang ada pada dirinya perkara-perkara yang tersebut di atas maka dia adalah pemimpin yang ego dan tidak memenuhi syarat sebagai seorang pemimpin.
    Pemimpin yang begini pasti tidak mendapat pertolongan Tuhan dalam urusan kepimpinannya. Ini kerana dia tidak menghayati tugas dan peranan pemimpin.

   Sorg pemimpin itu mestilah dengan penuh sedar bahawa tanggungjawab dan amanah Allah itu hendaklah dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dalam melaksanakan urusan kepimpinan itu Tuhan mahu melihat sejauh mana kesabaran dan pergantungan kita kepada Tuhan. Manakala kejayaan dalam urusan itu terserah kepada Allah SWT.
    Terdapat contoh sejarah di kalangan para rasul yang Tuhan tegur lantaran sikap kurang sabar, merajuk dan kurang bergantung kepada Tuhan. Contohnya, ialah Nabi Yunus a.s. Sedikit sikap merajuk atau kurang sabar Nabi Yunus itu bukanlah sampai terjatuh ke tahap dosa. Hanya sedikit rasa kurang selesa dengan kaumnya yang degil dan menyanggah seruannya. Lantaran itulah maka Nabi Yunus a.s. ditegur oleh Allah SWT. Teguran Tuhan itu didatangkan dalam bentuk Allah timpakan kesusahan kepada Nabi Yunus yang mana beliau ditelan oleh ikan. Kejadian itu menyedar dan menginsafkan Nabi Yunus. Lantas Nabi Yunus bertaubat tidak putus-putus.

    Apabila taubat Nabi Yunus itu diterima dan Nabi Yunus kembali berserah kepada Tuhan, maka Tuhan keluarkan beliau dari perut ikan tersebut. Sewaktu kaumnya menemui Nabi Yunus terdampar di sebuah pantai, keadaan tubuhnya amatlah lemah. Kaumnya menerima Nabi Yunus dan memulihkannya. Kaumnya telah mengalami perubahan yang amat ketara. Perubahan kaum Nabi Yunus itu berlaku ketika Nabi Yunus masih berada di dalam perut ikan. Ertinya perubahan yang berlaku itu tanpa diusahakan oleh Nabi Yunus, dan tanpa sebarang penentangan.


    Iktibar penting dari peristiwa Nabi Yunus dengan kaumnya itu ialah betapa sedikit saja tersilapnya seorang pemimpin maka Allah datangkan kifarah atau denda sebagai penebus dosa. Dan apabila seorang pemimpin itu bersungguh-sungguh membaiki diri, mendekatkan diri kepada Tuhan, bertaubat, memohon ampun, merintih, merayu dan menyerah diri kepada Tuhan; tanpa diusahakan, Tuhan jadikan masyarakat berubah, betapalah kalau disertakan dengan usaha.
    Adakalanya kedegilan umat, ingkarnya umat, keras kepala, tidak mahu patuh, itu adalah merupakan signal dari Tuhan bahawa pemimpin itulah yang sangat perlu membaiki dirinya.
Apabila Tuhan sudi memandang dirinya maka Tuhanlah yang berhak menunaikan janjiNya melalui Tuhan lakukan perubahan kepada masyarakat.

Wednesday, May 6, 2009

Saya ada janji dengan Rasulullah s.a.w.



SAYA ADA JANJI DENGAN RASULULLAH S.A.W...
 
   Selain berniat menunaikan haji dan umrah, berniatlah juga untuk menziarahi Rasulullah s.a.w. 

Tidakkah anda merindukan Nabi S.A.W. ?
   Saya tidak ingin mengusik suasana indah kerinduan anda, namun saya akan beralih ke rasa rindu para Sahabat terhadap Rasulullah s.a.w. agar perasaan anda semakin bertambah mendalam.

   Lihatlah Bilal bin Rabah r.a. ketika beliau berada di ambang kematian. Isteri beliau menangis, dan mengatakan, “Sungguh ini sebuah bencana!” Bilal r.a. segera mengatakan, “Janganlah katakan ini adalah musibah... tetapi katakan , ‘Alangkah bahagianya kami...! Sebab esok saya akan bertemu dengan para kekasih’!

  Tidakkah ketika di dalam kapal terbang anda kemudian mengatakan, “Sebentar lagi, saya akan bertemu dengan para kekasih! Saya akan bertemu dengan Rasulullah s.a.w.!”
Semoga Allah membalasmu..
   Salah seorang sahabat yang tinggal di Madinah, ibunya tinggal di sebuah suku di luar Madinah. Suatu hari, ibunya jatuh sakit. Sahabat ini ingin mengunjunginya. Ia pun keluar pagi-pagi dari rumahnya untuk berangkat, tetapi kemudian kembali lagi ke rumah. Isterinya pun menanyakan, “Apakah kamu telah mengunjungi ibu?” Ia menjawab, “Tidak, saya akan mengunjungi beliau esok.” 
   Hari kedua terjadi lagi hal yang sama. Ketika isterinya menanyakan mengapa, ia menjawab, “Aku takut jika saat meninggalkan Madinah, ruhku dicabut, dan aku pun meninggal jauh dari Rasulullah s.a.w.!”

  Mampukah anda bayangkan, betapa besarnya rasa cinta yang dimiliki para sahabat terhadap Rasulullah s.a.w.?! Apa yang akan anda rasa ketika anda berada di hadapan Rasulullah s.a.w.? Saya takut mengatakannya! Saya khuatir hati anda belum juga belajar bagaimana mencintai Rasulullah s.a.w. Tidakkah anda berkeinginan kuat untuk menunaikan umrah? Tidakkah anda berkeinginan kuat untuk menemui Rasulullah s.a.w.? Janganlah sampai anda termasuk dalam orang-orang yang lemah rasa cintanya kepada Rasulullah s.a.w.

  Jangan sampai ketika berada ‘dihadapan’ baginda, perasaan dan kepekaan anda masih saja dingin.

  Saya rasa anda cukup baik, kerana hati anda telah dipenuhi oleh keimanan, dan rasa cinta yang mendalam kepada Allah dan Rasul-Nya.

   Anda sekarang berada di depan rumah Rasulullah s.a.w. Ambil jarak sekadarnya antara anda dengan Rasulullah s.a.w. dan rasakan “keberadaan” baginda. Baginda “mengucapkan salam” kepada anda. Berdirilah dengan penuh adab dan kerendahan hati. Tanyalah kepada diri anda,
Apakah Nabi s.a.w. senang dengan anda atau tidak?.... bertanyalah...
Apakah anda betul-betul menjaga sunnah-sunnah beliau atau tidak....?
Apakah anda betul – betul mencintai beliau...?
Saya khuatir jawapannya adalah....

Rindu Kami Padamu, Ya Rasul
   Sekarang mari kita semak segala rasa yang tulus berikut, yang akan membakar hati dan menguasainya. Inilah kata-kata yang diucapkan oleh ahli ibadah yang bukan sahabat dan bukan juga tabiin. Tapi ini bukanlah sekadar kata-kata, melainkan perasaan tulus yang muncul dari hati yang tulus dalam bentuk kata-kata. Saya yakin insyaAllah, selepas menunaikan umrah, anda pun akan memiliki perasaan yang sama seperti mereka.

  Sedia maklum, keadaan ketika ibadah haji amatlah sesak dan padat. Berjalan melewati rumah Rasulullah s.a.w. adalah hal yang amat sukar. Agar boleh ke sana, anda harus melalui laluan sempit dengan berjalan perlahan-lahan. Kebanyakan pintu masuknya ditutup, dan anda harus datang dari pintu yang jauh untuk sampai ke rumah Rasulullah s.a.w.

  Suatu waktu saya pernah mengerjakan haji. Saat itu tempatanya amat sesak dan padat. Dibelakang saya, ada seorang lelaki yang saya dengar berulang-ulang mengatakan,.... “Saya betul – betul merindukan anda, ya Rasulullah!” Dia terus mengulanginya tanpa rasa bosan. 

  Demi Allah, ini adalah kata-kata yang mampu menggoncangkan hati.
Maaf Rasul, saya tertidur...!
  Masjid Nabawi ditutup pada jam sembilan malam, sementara ketibaan pesawat adalah pada waktu yang lebih lewat dari itu. Suatu ketika penerbangan dari Mesir tiba di Madinah jam sepuluh malam. Ada seorang lelaki yang turun dengan pakaian paling menawan serta wewangian yang paling bagus.

  Kami bertanya kepadanya, “Apa yang akan anda lakukan?”. Dia menjawab, “Saya akan mengunjungi Rasulullah s.a.w.” kami katakan, “Pintu masjid sudah tutup sejak jam sembilan malam.” Dia bertanya kembali, “Jadi kenapa?” Kami katakan, “Tidur dan beristirehatlah sejenak, atau anda pergi ke pasar untuk membeli beberapa keperluan anda, dan besok InsyaAllah kita akan mengunjungi Rasulullah s.a.w.” 

  Dia membalas, “Tidak! Saya tidak boleh menemui seseorang atau melakukan apapun sebelum mengunjungi Rasulullah s.a.w.!” Kami kembali mengatakan, “Tidur dan istirehatlah dahulu sampai pagi...” Selanjutnya dia berkata, “Saya tak mahu! Saya akan terus membaca al – Quran sampai pintu masjid dibuka, dan saya akan memberi salam kepada Rasulullah s.a.w.” 

  Waktu itu, masjid dibuka pada pukul dua setengah pagi. Sangat menakjubkan. Lelaki itu ternyata tertidur, dan bangun pada jam empat pagi. Dia segera bangun dan menangis seraya berkata,
“Apa yang harus saya katakan kepada Rasulullah s.a.w.? Ya Rasulullah, saya terlambat menemui anda dua jam, kerana saya tertidur!”

  Bolehkah anda bayangkan betapa dalamnya keterikatan lelaki tersebut dan kerinduannya untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w.?!

 (dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Haji)

 

- Di dalam buku Ibadah Sepenuh Hati tulisan Amru Khalid ini mengandungi bab – bab yang menyentuh berkaitan Solat, Haji, Doa, Zikir dan Al – Quran. Secara kasarnya, buku ini adalah himpunan syarahan Amru Khalid di Masjid Asy – Syaikh Mahmud Khalil Al – Khushari, Kairo. Setakat ini tiada lagi terjemahan di dalam bahasa Melayu, namun pembaca boleh mendapatkan buku versi Arabnya yang bertajuk ‘Ibadatul Mukmin dan juga dalam versi Bahasa Indonesia yang bertajuk Ibadah Sepenuh Hati.-nota admin