Wednesday, May 6, 2009

Saya ada janji dengan Rasulullah s.a.w.



SAYA ADA JANJI DENGAN RASULULLAH S.A.W...
 
   Selain berniat menunaikan haji dan umrah, berniatlah juga untuk menziarahi Rasulullah s.a.w. 

Tidakkah anda merindukan Nabi S.A.W. ?
   Saya tidak ingin mengusik suasana indah kerinduan anda, namun saya akan beralih ke rasa rindu para Sahabat terhadap Rasulullah s.a.w. agar perasaan anda semakin bertambah mendalam.

   Lihatlah Bilal bin Rabah r.a. ketika beliau berada di ambang kematian. Isteri beliau menangis, dan mengatakan, “Sungguh ini sebuah bencana!” Bilal r.a. segera mengatakan, “Janganlah katakan ini adalah musibah... tetapi katakan , ‘Alangkah bahagianya kami...! Sebab esok saya akan bertemu dengan para kekasih’!

  Tidakkah ketika di dalam kapal terbang anda kemudian mengatakan, “Sebentar lagi, saya akan bertemu dengan para kekasih! Saya akan bertemu dengan Rasulullah s.a.w.!”
Semoga Allah membalasmu..
   Salah seorang sahabat yang tinggal di Madinah, ibunya tinggal di sebuah suku di luar Madinah. Suatu hari, ibunya jatuh sakit. Sahabat ini ingin mengunjunginya. Ia pun keluar pagi-pagi dari rumahnya untuk berangkat, tetapi kemudian kembali lagi ke rumah. Isterinya pun menanyakan, “Apakah kamu telah mengunjungi ibu?” Ia menjawab, “Tidak, saya akan mengunjungi beliau esok.” 
   Hari kedua terjadi lagi hal yang sama. Ketika isterinya menanyakan mengapa, ia menjawab, “Aku takut jika saat meninggalkan Madinah, ruhku dicabut, dan aku pun meninggal jauh dari Rasulullah s.a.w.!”

  Mampukah anda bayangkan, betapa besarnya rasa cinta yang dimiliki para sahabat terhadap Rasulullah s.a.w.?! Apa yang akan anda rasa ketika anda berada di hadapan Rasulullah s.a.w.? Saya takut mengatakannya! Saya khuatir hati anda belum juga belajar bagaimana mencintai Rasulullah s.a.w. Tidakkah anda berkeinginan kuat untuk menunaikan umrah? Tidakkah anda berkeinginan kuat untuk menemui Rasulullah s.a.w.? Janganlah sampai anda termasuk dalam orang-orang yang lemah rasa cintanya kepada Rasulullah s.a.w.

  Jangan sampai ketika berada ‘dihadapan’ baginda, perasaan dan kepekaan anda masih saja dingin.

  Saya rasa anda cukup baik, kerana hati anda telah dipenuhi oleh keimanan, dan rasa cinta yang mendalam kepada Allah dan Rasul-Nya.

   Anda sekarang berada di depan rumah Rasulullah s.a.w. Ambil jarak sekadarnya antara anda dengan Rasulullah s.a.w. dan rasakan “keberadaan” baginda. Baginda “mengucapkan salam” kepada anda. Berdirilah dengan penuh adab dan kerendahan hati. Tanyalah kepada diri anda,
Apakah Nabi s.a.w. senang dengan anda atau tidak?.... bertanyalah...
Apakah anda betul-betul menjaga sunnah-sunnah beliau atau tidak....?
Apakah anda betul – betul mencintai beliau...?
Saya khuatir jawapannya adalah....

Rindu Kami Padamu, Ya Rasul
   Sekarang mari kita semak segala rasa yang tulus berikut, yang akan membakar hati dan menguasainya. Inilah kata-kata yang diucapkan oleh ahli ibadah yang bukan sahabat dan bukan juga tabiin. Tapi ini bukanlah sekadar kata-kata, melainkan perasaan tulus yang muncul dari hati yang tulus dalam bentuk kata-kata. Saya yakin insyaAllah, selepas menunaikan umrah, anda pun akan memiliki perasaan yang sama seperti mereka.

  Sedia maklum, keadaan ketika ibadah haji amatlah sesak dan padat. Berjalan melewati rumah Rasulullah s.a.w. adalah hal yang amat sukar. Agar boleh ke sana, anda harus melalui laluan sempit dengan berjalan perlahan-lahan. Kebanyakan pintu masuknya ditutup, dan anda harus datang dari pintu yang jauh untuk sampai ke rumah Rasulullah s.a.w.

  Suatu waktu saya pernah mengerjakan haji. Saat itu tempatanya amat sesak dan padat. Dibelakang saya, ada seorang lelaki yang saya dengar berulang-ulang mengatakan,.... “Saya betul – betul merindukan anda, ya Rasulullah!” Dia terus mengulanginya tanpa rasa bosan. 

  Demi Allah, ini adalah kata-kata yang mampu menggoncangkan hati.
Maaf Rasul, saya tertidur...!
  Masjid Nabawi ditutup pada jam sembilan malam, sementara ketibaan pesawat adalah pada waktu yang lebih lewat dari itu. Suatu ketika penerbangan dari Mesir tiba di Madinah jam sepuluh malam. Ada seorang lelaki yang turun dengan pakaian paling menawan serta wewangian yang paling bagus.

  Kami bertanya kepadanya, “Apa yang akan anda lakukan?”. Dia menjawab, “Saya akan mengunjungi Rasulullah s.a.w.” kami katakan, “Pintu masjid sudah tutup sejak jam sembilan malam.” Dia bertanya kembali, “Jadi kenapa?” Kami katakan, “Tidur dan beristirehatlah sejenak, atau anda pergi ke pasar untuk membeli beberapa keperluan anda, dan besok InsyaAllah kita akan mengunjungi Rasulullah s.a.w.” 

  Dia membalas, “Tidak! Saya tidak boleh menemui seseorang atau melakukan apapun sebelum mengunjungi Rasulullah s.a.w.!” Kami kembali mengatakan, “Tidur dan istirehatlah dahulu sampai pagi...” Selanjutnya dia berkata, “Saya tak mahu! Saya akan terus membaca al – Quran sampai pintu masjid dibuka, dan saya akan memberi salam kepada Rasulullah s.a.w.” 

  Waktu itu, masjid dibuka pada pukul dua setengah pagi. Sangat menakjubkan. Lelaki itu ternyata tertidur, dan bangun pada jam empat pagi. Dia segera bangun dan menangis seraya berkata,
“Apa yang harus saya katakan kepada Rasulullah s.a.w.? Ya Rasulullah, saya terlambat menemui anda dua jam, kerana saya tertidur!”

  Bolehkah anda bayangkan betapa dalamnya keterikatan lelaki tersebut dan kerinduannya untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w.?!

 (dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Haji)

 

- Di dalam buku Ibadah Sepenuh Hati tulisan Amru Khalid ini mengandungi bab – bab yang menyentuh berkaitan Solat, Haji, Doa, Zikir dan Al – Quran. Secara kasarnya, buku ini adalah himpunan syarahan Amru Khalid di Masjid Asy – Syaikh Mahmud Khalil Al – Khushari, Kairo. Setakat ini tiada lagi terjemahan di dalam bahasa Melayu, namun pembaca boleh mendapatkan buku versi Arabnya yang bertajuk ‘Ibadatul Mukmin dan juga dalam versi Bahasa Indonesia yang bertajuk Ibadah Sepenuh Hati.-nota admin



7 comments:

y.mercury said...

salam, zul. menarik2..

nk komen bleh..

psl hadis riwayat tabrani yg atas tu, al-haithami bila takhrijkan hadis tu dlm majmuk zawaid dia kata hadis ni dhaif.

petikan drp majmuk zawaid:

وعن ابن عمر قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من جاءني زائرا لا يعلم له حاجة إلا زيارتي كان حقا علي أن أكون له شفيعا يوم القيامة

رواه الطبراني في الأوسط والكبير وفيه مسلمة بن سالم وهو ضعيف

setakat yg aku baca, ulamak kata tidak ada hadis yg sahih dlm bab galakan ziarah kubur nabi, semua yg ada adalah hadis dhaif dan palsu.

bahkan apabila manusia datang bersusah-payah dari jauh semata2 nak ziarah kubur nabi, ulamak nasihatkan agar betulkan niat. lebih baik berniat bermusafir dgn niat utk ke masjid nabawi, dan apabila sampai di sana, bolehlah dia ziarah kubur nabi kerana nabi sendiri pernah bersabda "janganlah kamu berpayahan utk berjalan, kecuali ke tiga masjid, masjidil haram, masjid nabi, dan masjidil aqsa" [sahih bukhari].

same2 lah kita sayang kat nabi. nabi sabda:
"tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga aku menjadi org yg lebih dicintainya daripada ibubapanya, anak2nya, dan manusia seluruhnya" [sahih bukhari].

wallahu a'lam.

Mohd Zulhilmi Bin Azelan said...

syukran yasir..

cuma nk tanya sket..kita memg x digalakkan ke utk ziarah kubur Nabi S.A.W. dan mana2 kubur pun?kubur mak ayah ke..sedara2 rapat kita..

slh ke klau slalu brziarah ke kubur2 tu skdr utk mengingati kembali insan yg telah pergi?dan utk mengingatkn lg kita kpd kematian?

Rasanya yg prgi menunaikan umrah atau haji tu majoritinya adalah org2 Islam yg niat utamanya adalah utk mengerjakan haji & umrah..apalah slhnya menziarahi maqam baginda..mereka amat mncintai baginda & x dpt brjumpa dgn baginda smasa hidup..jd mereka ingin mnziarahi maqam baginda utk melepaskn kerinduan mereka kpd baginda(1 cara slain mengamalkan sunnah2 baginda)..

apa pndangan saudara?

lg 1 nk mntk tolong terangkan psl hadis "janganlah kamu berpayahan utk berjalan, kecuali ke tiga masjid, masjidil haram, masjid nabi, dan masjidil aqsa" [sahih bukhari]..adakah maksud 'janganlah' tu membawa mksud larangan mutlak? (cntohnyanya klau kita brpayahan brjalan ke tempat lain sprti ke mesir utk menuntut ilmu,maka ia adalah dilarang oleh Nabi S.A.W.?)

mohon penjelasan..

y.mercury said...

salam zul, aku nk g jogging jap.. balik nnt aku reply ek..

y.mercury said...

maaf zul, kalau salah faham. bahkan bila kita ckp bab ni selalu je orang salah faham, lalu orang kata kita wahabi, dan wahabi haramkan ziarah kubur dan sebagainya.

boleh je ziarah kubur, bahkan nabi kata ia mengingatkan kita kpd kematian.

tak salah ziarah kubur nabi, bahkan ia adalah masyru'. cuma nk ckp dari sudut pendalilan, ulamak sebut takda hadis yg boleh dijadikan hujah utk perbuatan itu.

nak ziarah ok je, kerana ia termasuk dlm keumuman ziarah kubur, apatah lagi kubur nabi. cuma nk ckp perbuatan itu tidak termasuk dlm apa yg dituntut bagi org yg dtg tanah haram sebagai respon aku terhadap hadis tabrani tu. Apatah lagi bila adanya hadis2 palsu yg kata siapa pegi haji WAJIB ziarah kubur nabi, kalau tak ziarah maka begini dan begitu.. sehingga kita boleh lihat sendiri orang berebut2 kat baabussalam tu, kalau jatuh kena pijak, kalau tak cedera atau mati takpe.

maka tidak patut seseorang tu dtg madinah semata2 nk ziarah kubur nabi berdasarkan hadis yg tak sabit. bahkan dlm fathul bari disebut imam malik benci org yg cakap "aku telah ziarah kubur nabi”.( Tapi bukanlah imam malik cakap aku benci perbuatan ziarah kubur nabi, atau aku benci orang yg ziarah kubur nabi).

lebih baik dia dtg dgn tujuan nk pegi masjid nabawi meneladani sabda nabi yg sahih dlm hadis bukhari tu, pastu dia ziarah la kubur nabi. tu je. bukan aku nk pakai hadis bukhari tu larang org pergi ziarah kubur nabi.

Samalah bila kita kata takda hadis yg sabit tentang sunnahnya potong kuku hari jumaat, bukan kita kata potong kuku hari jumaat itu dilarang. Potong la hari apapun bila panjang, tidak perlu menisbahkan pada kata2 nabi. Begitu juga bila kita kata hadis Allah merahmati perempuan yg pakai seluar dlm kainnya itu tidak sahih. Bukan kita kata perempuan tak boleh pakai seluar dlm kain. Pakailah, tapi tidak perlu sandarkan pada hadis. Tetapi, pakailah atas dasar langkah berjaga2 dlm menutup aurat. Samalah bila kita kata tidak ada hadis yg sahih dlm bab galakan ziarah kubur nabi secara khusus. Bukanlah kita kata tak boleh ziarah kubur nabi.

Bak kata sheikh mahmud bila dia ajar subulussam kat shatby selasa malam (lebih kurang mcm ni la dia kata): tiadanya dalil menyuruh utk buat sesuatu perkara bukanlah menjadi dalil larangan membuat perkara itu. (sape yg baca ni faham betul2.. nanti ada yg salah faham, jadikan ni hujah utk buat bid’ah pulak).

Yg psl seorang lelaki bermusafir utk tuntut ilmu yg bermanfaat, tidak termasuk dlm larangan musafir, boleh rujuk syarah hadis tu dlm fathul bari. Tapi bila perempuan musafir tanpa mahram, itu dah masuk bab lain.

ps: fathul bari ialah kitab syarah sahih bukhari yg masyhur, ditulis oleh al-hafiz ibn hajar al-asqalani. aku saje nk cakap ni zul, sbb ade kat blog lain, aku naqal kata2 ulamak dari kitab mereka, tuan punya blog tu yg juga pelajar al-azhar kata aku naqal dari orang jadi-jadian. padahal dia yg tak kenal ulamak tu. salah aku ke kalau org tak kenal ulamak?

ok, tu je.. harap jelas ek..
terima kasih kerana bertanya.

salam alaik.

Mohd Zulhilmi Bin Azelan said...

jzkk yasir atas jwpn & pndgn..

anwar azhari said...

hurmm..

walaupun hendak pergi jogging kejap pn brader yasir tuh hntar komen..

terima kasih kerana menulis ttg Rasulullah SAW..

ana mmg dh rindu2 sgt nk ke madinah n mekah lg..

skranag ni pn mak ayah ana ad kat saner..

huhuhu..

seronok betul kalau Allah pilih kita utk ke tanah haram..

Mohd Zulhilmi Bin Azelan said...

ana doakn moga hajat anwar trcapai..rancang la dgn shbt2 lain..ana yakin rmai lg yg nk buat umrah dari mesir..lg murh..robbuna yusahhil..