Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka perbaikilah sesama saudara-saudaramu (Al Hujuraat:10)
Sunday, June 21, 2009
A Little Appreciation to Seorang Abah..
Abah,
Abah tetap gagah melawan ombak
Kepayahan dan perjuangan hidup
Demi untuk kebahagian keluarga abah
Terkadang abah tersungkur
Namun....
Abah tetap terus berusaha
Berdiri semula
Demi untuk mak, kakak, angah & adik-adik angah
Abah,
Angah kagumi semangat abah
Angah kagumi keberanian abah
Akan angah ikuti jejak langkah abah
Akan angah perjuangkan impian abah
demi untuk seorang insan bernama abah....
Abah,
Kini abah sudah tua
Tiada yang lebih menakutkan angah
Selain daripada kehilangan abah
Sesungguhnya...belum habis lagi
Angah berikan kasih sayang angah untuk abah
Angah bermohon kepada Ilahi
Agar angah akan diberikan masa
Untuk membalas segala jasa abah juga mak tercinta
Biar pun angah tahu bahawa ianya tidak akan terbalas...
Ya Allah,
Kabulkanlah permintaan ku ini
Janganlah Kau biarkan hati ini
Kelukaan dan terkilan
Dalam melaksanakan niat suci ini
Hanya pada Mu lah tempat ku meminta
Abah,
Hilangkanlah duka abah
Anak abah ini kan membelamu...
Kan terus membela abah...
Demi seorang insan bernama...Abah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam, zul. nant sampikn salam ak pada abah ko ek. ak still ingt lagi 1st time jumpa bapak ko masa dl. He really a nice guy . "Pak cik, selamat hari bapa".
Wsalam..insyaAllah..alhamdulillah ..jzkk..smoga ko brjaya dunia akhirat..
Post a Comment