Wednesday, March 25, 2009

Adakah anda masih ingin MEROKOK?

Seperti 80% perokok yang lain, anda mungkin telah mencuba beberapa kali untuk berhenti merokok tetapi tidak berjaya. Apakah ianya terlalu lewat untuk anda berhenti? Jawapannya sudah tentu tidak.



Jika anda berhenti merokok pada umur 60 atau 80 sekalipun, masih banyak kesan buruk akibat merokok yang dapat dihentikan. Atau mungkin anda tergolong dalam 46% perokok dewasa yang tidak percaya merokok boleh membahayakan kesihatan atau pun tiada faedahnya jika anda berhenti sekarang, sudah terlewat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, renungi fakta berikut:

1) Dalam masa lapan jam selepas berhenti merokok, kadar denyutan nadi dan tekanan darah turun dan paras oksigen dalam badan anda akan naik.

2) Dalam tempoh 24 jam selepas berhenti, risiko serangan jantung menurun.

3) Selepas sebulan, peredaran darah bertambah baik, tenaga anda bertambah dan fungsi paru-apru anda meningkat sebanyak 30%.

4) Selepas setahun, risiko anda mendapat penyakit jantung menurun sebanyak 50% jika dibanding dengan mereka yang terus merokok.

5) Selepas 5 tahun, risiko anda mendapat strok mula menurun.

6) Selepas 10 tahun, kemungkinan anda mendapat kanser paru-paru adalah sama dengan mereka yang tidak pernah merokok.

Setiap kali anda menyedut, anda menyerap masuk lebih dari 4,700 bahan kimia yang telah terbukti memberi kesan buruk pada setiap inci tubuh anda. Antara kesan tidak serius ialah kulit lebih cepat berkedut, gigi dan jari menjadi kuning dan lambat baik dari luka.

Antara kesan yang sangat merbahaya ialah osteoporosis, retak pinggul, katarak, kencing manis, kehilangan gigi dan emfisema.



Merokok juga memberikan kesan yang amat merbahaya kepada bayi di dalam kandungan. Adakah anda ingin bayi anda menderita apabila lahir nanti disebabkan ketagihan anda terhadap rokok?



Di Amerika, setiap tahun sejumlah 400,000 orang meninggal dunia atas sebab yang ada kena mengena dengan merokok. 50% dari kematian tersebut disebabkan penyakit kardiovaskular dan 30% lagi oleh kanser paru-paru. Merokok membahayakan jantung anda, jika anda berhenti merokok, risiko mendapat serangan jantung menurun sebanyak 50% dalam masa setahun. Merokok juga berada di tangga teratas dalam senarai penyebab kanser.



Merokok adalah ketagihan, mudah dan jelas. Jangan salahkan diri anda jika anda telah beberapa kali cuba untuk berhenti tetapi gagal. Kandungan utama tembakau ialah nikotin dan ia merupakan dadah yang paling kuat menyebabkan ketagihan.

Adakah tiada harapan lagi? Tidak. Ramai yang telah berjaya berhenti dan anda pun boleh, jika anda mahu.

Jika anda mahu berhenti, disenaraikan beberapa cara untuk membantu anda.

1) Tetapkan tarikh dan patuhinya. Para pakar melaporkan bahawa mereka yang menetapkan tarikh mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk berjaya.

2) Elakkan dari mendapat tekanan. Banyak petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan tekanan.

3) Berhenti terus. Kalau anda ikut cara ini, anda mungkin akan mengalami sindrom tarikan untuk selama seminggu hingga 10 hari tetapi anda akan melepasi halangan.

4) Buang kesemuanya. Pada hari yang ditetapkan, buang semua rokok, termasuk yang tersembunyi di mana-mana. Buang pemetik api, mancis dan tempat habuk rokok.

5) Bersedia untuk melawan keinginan untuk merokok. Semasa anda melalui sindrom tarikan, anda mungkin mengalami gejala berikut: masalah perut, sukar memberi tumpuan, mengantuk, susah untuk tidur dan mudah marah.

6) Anda boleh berhenti secara beransur-ansur. Sebaik saja nikotin telah dinyah keluar dari tubuh anda, gejala sindrom tarikan akan hilang sedikit demi sedikit. Ada kemungkinan ianya tidak hilang kesemuanya kerana satu tidak pernah cukup. Jika anda merokok sebatang anda ingin sedozen ataupun lebih.

Petua untuk membantu anda:

-Tukar kebiasaan anda.

-Elakkan tekanan. Elakkan bekerja hingga lewat hari

-Jauhkan diri dari perokok

-Berikan kata-kata semangat kepada diri anda setiap hari

-Buat janji dan memberi ganjaran kepada diri anda

-Menyimpan duit rokok

-Curi masa – lambat-lambatkan menyalakan rokok

-Minum air secukupnya

-Kurangkan minuman yang mengandungi kafein

-Bersarapan pagi

Walaupun berhenti terus merupakan cara terbaik, namun jika anda terpaksa berhenti secara beransur-ansur, yang penting adalah untuk BERHENTI.


Anda mungkin tidak kisah dengan kesihatan atau nyawa anda, tetapi pertimbangkan kesihatan dan nyawa orang yang anda sayangi. Adakah mereka akan memaafkan anda jika mereka mendapat kesan buruk dari asap rokok yang dihembus keluar oleh anda. Renung renungkanlah.

Monday, March 23, 2009

Tarbiyah & Dakwah Bukan Untuk Menjadikan Kita Lebih Lemah..

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (Al Ankabut : 69)


Forrest Gump adalah seorang anak yang cacat kaki dan harus berjalan tertatih-tatih dengan menggunakan alat bantu. Selain itu, ia menjadi seorang anak yang terbelakang mental dan sulit untuk berbicara. Kondisi ini membuat Forest menjadi minder di kalangan teman-temannya dan selalu menjadi bahan cemuhan.



Suatu ketika, kerana hal yang tidak diduga, sekelompok ‘bandit’ anak-anak cuba untuk melukai dan mengasari Forrest Gump. Forrest dilempari batu, dan ia terpaksa tertatih-tatih berlari supaya tidak dikejar oleh anak-anak tadi. Dengan kaki yang sakit, ia terus berlari ..... berlari ...... dan.....berlari, tak mempedulikan cemuhan mereka yang ada di belakangnya. Ia mampu memotivasi diri sendiri, sehingga ‘keajaiban’ pun terjadi. Kakinya yang cacat dan harus mengenakan alat bantu, menjadi sembuh dan seketika itu juga, ia mampu berlari kerana ia percaya bahawa motivasi melebihi segalanya, biarpun cacat fisikal sekalipun. Bahkan sejak saat itu, ia tidak berhenti berlari, sehingga orang mengenalinya sebagai manusia dengan kepantasan larian yang luar biasa. MOTIVASI telah mengubah kehinaan menjadi kemuliaan.




Syaikh Ahmad Yasin, adalah seorang pejuang keadilan sejati bagi rakyat Palestin. Ia bukanlah sesiapa, selain seorang tua yang hanya duduk di kursi roda. Ia cacat kaki, tangan dan pendengarannya sedikit terganggu, kerana siksaan yang ia terima dari penjajah Israel akibat keteguhan sikapnya memperjuangkan kemerdekaan rakyat Palestin. Tapi cacatnya bukan halangan bagi dia untuk beralasan futur(berputus asa) dari da’wah dan jihad. Syaikh Ahmad Yasin percaya, bahawa perjuangannya membebaskan rakyat Palestin dari penjajahan adalah sebahagian dari ibadahnya kepada Allah SWT. Dengan hanya duduk di atas kerusi roda, ia mampu menggerakkan hampir 2 juta hati pemuda Palestin, untuk bergabung dengan gerakan Islam yang dipimpin oleh HAMAS. Perjuangannya dan sumbangannya untuk Islam ia akhiri dengan kemuliaan sebagai seorang syuhada, apabila peluru berpandu helikopter Apache menghancurkan jasadnya, selepas ia menunaikan shalat subuh di kota Gaza.




Itulah sekelumit orang-orang yang tidak pernah merasa putus asa dengan dirinya sendiri. Masih banyak cerita kejayaan orang lain yang tidak jauh berbeza. Tapi, bagaimana dengan kita ? Saat ini, kondisi kita jauh lebih selesa, lebih mapan dan lebih sihat dari Forest Gump atau Syaikh Ahmad Yasin. Namun, apakah sumbangan yang telah kita berikan untuk orang lain ? Untuk da’wah Islam terutamanya. Pertanyaan-pertanyaan ini harusnya menjadi motivasi bagi kita, untuk lebih bersungguh-sungguh dalam menjalani Tarbiyah Islamiyah. Kita tidak harus berpeluh-peluh berlari untuk menghindari ancaman helikopter Apache apabila ingin berdakwah, kerana Malaysia sampai saat ini masih aman. Kita juga hanya perlu menghidupkan enjin motor kita saat dakwah memanggil kita, tanpa harus berjalan menghindari anak-anak nakal, sebagaimana Forrest Gump dan kita masih boleh beristirahat dan tertidur nyenyak, tanpa gangguan dari suara peluru dan butiran-butiran bom cluster yang dijatuhkan Amerika di Irak dan Afghanistan.

Apa ertinya ? Ertinya, kita mempunyai modal awal yang JAUH LEBIH BESAR, LEBIH BANYAK DAN LEBIH BERKUALITI dari yang dimiliki oleh seorang Forest Gump atau Syaikh Ahmad Yasin. Lalu, apa yang membuat kita menunggu untuk menjadi orang yang lebih berjaya dari mereka? Bolehkah kita menjadi orang yang lebih hebat dari mereka? Tentu boleh! Dengan terus menjalani tarbiyah dan beramal. Tarbiyah tanpa amal akan tamat dengan kebosanan, dan amal tanpa tarbiyah akan tamat dengan futur(berputus asa). Tarbiyah bukanlah sebuah beban. Seharusnya, tarbiyah menjadikan seorang muslim menjadi lebih hebat, karena ia mampu mengoptimumkan semua potensi yang ia miliki dan meminimumkan kelemahan yang ada pada dirinya. Sebagaimana Bilal bin Rabbah yang menjadi sahabat Rasulullah, padahal ia seorang budak. Sebagaimana Umar yang menjadi khalifah kedua, padahal dahulunya ia seorang yang kejam. Dan sebagaimana Abu Dzar Al Ghifari yang menjadi penasihat khalifah, padahal ia seorang yang zuhud dan miskin.

Sudahkah ia menjadi renungan untuk kita?

Wa’allahu wa rasulullahi a’lam .....

Sunday, March 15, 2009

ANAK SOLEH

Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Aeman
http://liriknasyid.com


Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

P/S : Layakkah kita digelar anak yg soleh?

Friday, March 6, 2009

SEEKOR ULAT YANG SOLEH..

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.




Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?" Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan
pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?" Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka
dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku, pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak
memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Wednesday, March 4, 2009

Solehkah aku untuk memiliki yang solehah?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, hari ni dh abes final exm utk pljr2 perubatan tahun 3 Universiti Iskandariah(sbnrnya ada 1 lg paper esok..tp x brkaitan lgsung dgn dunia medic).Bila smpai umh n bukak YM..ana dpt 1 offline mesej dari seseorg..bunyinya begini :-

(Diriwayatkan dr ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda pada Al Asyaj al 'Asry; "Sesunnguhnya dlm dirimu terdapat dua sifat yang dicintai Allah Taala iaitu sabar dan rasa malu.(Musnad Ahmad)

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa. Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya)



Jzkk kepada yg memberikan tazkirah tu i really appreciate it..Ana rase offline mesej ni amat bersesuian dgn golongan2 yg tengah 'mencari'..

nta cmne zul? "ish..sapela nk kan ana ni"..

Berbalik kpd isi mesej tu..memg x dpt dinafikan golongan syabab & akhawat @ ikhwah & akhawat masa kini brlumba2 utk mendapatkan yg soleh & solehah sehingga terlupa akan wujudnya sesuatu yg lebih penting dr itu..iaitu menyoleh dan menyolehahkan diri..

Allah S.W.T. berfirman dalam Surah An-Nur ayat 26 "Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yg keji dan lelaki yg keji untuk perempuan-perempuan yg keji(pula), sedangkan perempuan yg baik untuk lelaki yg baik, dan lelaki yg baik untuk perempuan-perempuan yg baik(pula)..hingga ke akhir ayat..

Sekali baca macam ayat di atas dah menetapkan bahawa 'yg baik' utk 'yg baik' n yg 'x baik' utk yg 'x baik' pula..

Memg btul! tp ayat di atas adalah janji Allah kepada golongan yg berusaha untuk menjadi baik..bukan hanya mencari yg baik..

Kalau macam tu kesian la kepada yg x baik..xde sape nk kat diorang..dhla diorg x baik..xde sape plak yg nak tunjukkan diorg jalan untuk jadi baik..di mana letaknya keadilan?

Rilek lu dik..kita ni bila tgk ayat2 Allah..jgn amek makna surface2 je..klau kita perhatikan n teliti semula ayat tu..dalam ayat tu juga terselit makna tersirat berupa cabaran kepada ummat Islam untuk membuktikan bahawa mereka layak untuk mendapatkan 'yg baik'..caranya cmne?

Allah dh bagi jwpn syeikh..jadila 'yg baik' untuk mendapatkan 'yg baik' di samping mencari..

So kepada yg merasakan dirinya kurg baik lg..tggu apa lg?berusahala menuju kebaikan agar dikurniakan 'kebaikan'..

emm..cmne nak jd baik bang?bleh bg tips sket?

Untuk menjadi baik..kita mula dari yg basic dulu..check solat kita dulu..sempurna x?cukup x 5 waktu?klau dh cukup,utk ikhwah, smuanya di masjid ke?or skadar di rumah atau bersendirian?masa solat tu khusyuk x?ikhlas krana Allah?

Kita muhasabah balik..hubungan kita dgn tuan punya dunia ni klau kita x jaga,cmne Dia nk tunjukkan sayangNya pada kita..kasihNya semua org dpt tp sayangNya hanya utk yg benar2 beriman & menjaga hubungannya dgn Sang Pencipta..

Next? Kita check ibadah2 kita yg lain..adakah ikhlas kerana Allah atau sekadar menunjuk2 di hdpn manusia?..jagalah hati..jangan kau kotori..jagalah hati lentera hidup ini..

aik! bernasyid plak dia.. "maalish..ternasyid plak"..

Seterusnya..akhlak kita cmne?dh ok?hubungan kita dgn manusia cmne?

Dan akhir sekali..ilmu cik oi..ilmu..byk mana dh di dada?klau rasa masih kurg, jgn risau..x trlewat lagi utk terus mencari..jgn hanyut dlm arus mencari calon je..onak duri dlm mencari ilmu pun kita kena redahi gak..(dh ada ilmu nant jgn lupa amal ek?)

Sekian sahaja tips2 dari ana yg serba kekurangan nih..

Klau dh cuba jadi dan insyaAllah dh jadi baik pun..tp tiba2 ditakdirkn jodoh kita yg kurang baik gak..apakah janji Allah x benar?

Common la syeikh..x kanla on the spot je sesorg tu bleh berubah jd baik..mungkin Allah nk bagi kita pahala lebih untuk kita didik yg kurang baik tu ke arah kebaikan..x kn x nak syeikh?extra works=extra pahala kan? Allah syg kita tu syeikh..tu sebab Allah uji kita lebih sket brbanding org yg dh dpt 'yg baik'..

Abes tu nta cmne zul?jgn asyik pening memilih n mencari..dh berusaha ke nk jd baik?

"Ana? I'm on my way la..doakan ana ek?huhu.."


P/s : Nasihat2 di atas ditujukan khusus untuk diri ana dan juga untuk shbt2 yg lain yg sudi menerimanya sebagai nasihat..

Sekian,wassalamualaikum wbt..


Yang hidupnya sementara,

Mujahidtibb

(Rabu, 2.28pm)