Sunday, July 26, 2009

Adnaha salamatus sadr wa a'laha al ithar

Laporan Separa Lengkap PMPI ALEX 2009


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah summal hamdulillah..

Pada 23 hingga 25/7/09 yang lepas, ikhwah dari Muhafazah Iskandariah, Mesir telah berjaya menganjurkan Program Perkhemahan Musim Panas ISMA Mesir (PMPI) yang diadakan di Marsa Matrouh, Mesir. Program ini disertai oleh 32 orang ikhwah yang kesemuanya adalah pelajar-pelajar perubatan Universiti Iskandariah.

Antara hadaf utama program ini dianjurkan adalah untuk menyemai, memahami & menghargai nilai ukhwah sejati sesama muslim selepas penat bermujahadah di pentas imtihan akhir semester. Selain itu, program ini juga diharapkan mampu meningkatkan tahap ‘ubudiyyah para peserta dan menyedarkan para peserta akan hakikat kepentingan untuk umat Islam mengambil berat tentang hal-hal umat Islam di seluruh dunia.

Pada hari pertama program, peserta-peserta telah dibawa menghayati keindahan panorama Teluk ‘Ajeebah(‘Ageeba) yang diciptakan Allah dengan begitu indah sekali. Subhanallah! Teluk ‘Ajeebah dikatakan antara pantai-pantai yang tercantik di dunia. Seterusnya, para peserta menghabiskan lebih kurang 20 minit di Hammam(tempat bersiram) Cleopatra. Selepas itu, para peserta bergerak menuju ke rumah-rumah sewa yang terletak berhampiran dengan Syati’ Nakhil.

Para peserta diberikan kesempatan untuk solat zohor&asar, berehat dan makan tengahari di rumah2 sewa masing2 mengikut kumpulan. Mereka telah dibahagikan kepada empat kumpulan(Ceria, Riang, Gembira & Harmoni). Pada petang itu juga, acara-acara pantai yang menarik telah bermula di mana setiap kumpulan menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk memenangi setiap acara yang dipertandingkan. Selepas penat bermain, para peserta telah diminta untuk menyuarakan sebarang faedah & manfaat yang mereka perolehi daripada setiap acara tersebut. Mereka juga diingatkan kembali agar memelihara hadaf utama program itu iaitu memelihara ukhwah di kalangan para peserta.

Pada sebelah malamnya pula, para peserta dihidangkan pula dengan indoor games yang semestinya menceriakan, menguji ukhwah di kalangan peserta & mengingatkan para peserta akan kepentingan untuk terus memelihara ukhwah sesama muslim.

Hari kedua program dimulakan dengan solat subuh berjemaah. Tepat jam 7 pagi, permainan-permainan pantai bermula. Antara acara2 yg dipertandingkan adalah Impulse, Sendu Sendak. makan tembikai dan bola sepak pantai. Acara2 ini ternyata begitu memenatkan para peserta yang rata2nya sudah lama tidak aktif bersukan lantaran sibuk menelaah pelajaran untuk final exam. Namun begitu, terlakar wajah2 ceria & senyuman puas di kalangan peserta menandakan semua peserta benar2 ‘enjoy’. Sesi ‘feed back’ bagi setiap acara menyusul selepas itu. Pada sebelah petangnya pula, para peserta telah dibenarkan untuk membeli belah di Suq(Pasar) Libya. Pelbagai barang seperti balah billuz, balah bissyokolatah, buah tin dan pakaian2 yg murah2 belaka berjaya memikat hati para peserta.

Selepas puas membeli belah, para peserta pulang ke rumah2 sewa dan bersiap untuk malam kesenian & BBQ. Tepat jam 9 malam, malam kesenian dimulakan di mana setiap kumpulan diwajibkan untuk mementaskan persembahan sketsa & nasyid. Setiap kumpulan telah menyampaikan persembahan dengan penuh penghayatan dengan pelbagai idea yg kreatif. Ternyata kumpulan RIANG(group ana) telah berjaya mengungguli persembahan pada malam itu..hehe..jangan marah ek kumpulan2 lain! Walau bagaimanapun, bukanlah kemenangan yg menjadi hadaf utama semua permainan, persembahan & acara, tetapi apa yang lebih penting ialah penghayatan setiap peserta dalam setiap aktiviti yang dijalankan agar dapat mengubah peserta walaupun sedikit ke arah yang lebih baik.

Hari ketiga merupakan hari terakhir program di mana para peserta dibenarkan untuk mandi laut selama sejam. Selapas itu, minda para peserta disajikan pula dengan pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Suhail Sufian, pelajar Kuliyah Syariah Islamiah, Universit Al-Azhar, Tanta. Antara isi2 penting yang disampaikan adalah realiti penindasan yang dikenakan kepada umat Islam di Ambon(Indonesia), Gujerat(India), Yala( Thailand) & Xinjiang(China). Para peserta diberikan ruang untuk berfikir & menyuarakan pendapat tentang mengapa penindasan2 itu berlaku & apakah peranan mereka untuk membantu.

Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan sesi Sidang Pleno. Setiap kumpulan diminta untuk menyuarakan setiap faedah yg mereka perolehi sepanjang 3 hari program. PMPI Alex 09 diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada semua kumpulan dan seperti yang telah dibajet, KUMPULAN RIANG telah berjaya menjadi juara keseluruhan. Tepat jam 3 setengah petang, para peserta bertolak pulang ke Iskandariah.

SEMOGA UKHWAH FILLAH YANG TERBINA LESTARI SELAMANYA!!!

p/s : laporan di atas agak bias kepada kumpulan riang..
Akhukum fillah,
Mohd Zulhilmi Bin Azelan

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN DI MATROUH



Berkumpul di depan Game' Ibrahim, El Azarita


Teluk Ageeba


Seusai acara makan tembikai


Kumpulan RIANG..diketuai oleh akhi Rahman D


Acara Impulse..neurotransmitter sape lg pantas?


Sunrise or sunset? sunsilk kot..


Sendu sendak plak..letih woo..


Bola beracun..WHO dh stop dh kira jumlah mangsa..


Sesi perkongsian selepas permainan


Bersama banner di Teluk 'Ageeba


Kira jangan x kira..soalan add maths..dh karat dh ajk2 oi..


Hammam Cleopatra kat blakang tu..







Tuesday, July 21, 2009

Da’ie - Be A Winner

Da’ie - Be A Winner


‘Be a winner.’ Begitulah ungkapan motivasi yang selalu kita dengar. Ungkapan yang akan merangsang minda dan nurani kita untuk sentiasa mengejar kecemerlangan di dalam hidup, kesuksesan dalam lautan dakwah dan kebahagian melalui jalan-jalan tarbawi ini. Memang benar Sang Da’ie itu, Sang Murobbi itu adalah A WINNER (pemenang). Anda adalah pemenang, jaguh meraih anugerah keredhaan Ilahi, menjejaki puncak tertinggi iaitu Jannatul Firdaus.

Kenapa kita wajib menjadi pemenang? Kerana kita memiliki tiga kehebatan dan keunggulan iaitu:

1. Ahsanu taqwim (paling baik ciptaan) - Surah at-Tin: 5

Kita adalah Da’ie yang diberikan Allah dengan pelbagai potensi yang hebat. Potensi mental, potensi fizikal, potensi spiritual, potensi emosi atau yang sering disebut IQ, EQ, SQ. Bangunkan potensi diri anda, ciptakan kehebatan. Da’ie Hebat Full Manfaat.

2. Ahsanu qaulan (paling baik perkataan) - Surah Fussilat: 33

Sebaik-baik perkataan adalah ungkapan menyeru ke jalan Allah. Dengan berdakwah anda meraih kemenangan akhirat abadan abada. Bak kata seorang teman “Berjaya dengan Berdakwah”. Dakwahlah kunci untuk kita meraih kemenangan dengan habuan syurga. Allah menjadikan bumi Afghanistan, bumi Palestin medan kemenangan buat para da’ie, para mujahid menambah angka pemenang, pahlawan dan wira seantero jagat meraih gelaran para Syuhadak. Hasan Al-Banna, Syeq Qutb, Muhammad Farghali, Abdul Qadir Audah, Rantissi dan Syeikh Ahmad Yassin adalah contoh para pemenang, ikutilah mereka.

3. Ahsanu ‘amalan (paling baik amal) - Surah al-Mulk: 2

Para Daie melakukan amal yang terbaik di dunia sebagai jambatan menuju ke akhirat. Da’ie itu solih li nafsihi nafi’an lighairihi (baik dirinya, bermanfaat untuk orang lain). Dunia tempat ia menanam benih-benih dakwah, menyubur tunas-tunas dakwah, menyemai pilar-pilar dakwah dan menuai sumbangan dakwah. Itulah sebaik-baik amal sebelum meninggalkan tempat persinggahan ini. Dia berjiwa pemenang, tidak kalah dengan ujian dan hambatan bahkan fokus mengejar kejayaan dan kemenangan dalam hidup di pentas dunia yang menjadi ujian.

Para daie dan kader dakwah sekalian,

Pemenang itu adalah…

“...yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal." (Az-Zumar: 18)

“...telah menang orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk di dalam solat, mereka yang menjauhi perkara lagho, mereka yang mengeluarkan zakat, mereka yang menjaga maruah dan harga diri mereka kecuali kepada isteri dan hamba sahaya mereka, mereka yang menunaikan amanah, mereka yang menjaga solat mereka...” (al-Mukminun: 1-7)

“...beruntung dan menanglah orang yang sibuk membicarakan kesalahan dirinya dari sibuk membicarakan kesalahan orang lain...” (kata salafussolih)

Nah, apa janji Allah buat para pemenang ini? Janjinya ialah Syurga... mereka pewaris takhta syurga dan kekal abadi di dalamnya. Inilah the way to win, the highway to heaven.

Saudaraku, para da’ie dan murabbi,

Pemenang ibarat a climber (pendaki gunung). Be Climber Forever. Jadilah pendaki sejati, berani merempuh halangan, melintas batasan, memecah kebekuan dan membina gagasan menjadi kenyataan. Einstein berkata untuk menjadi pemenang yang special dan berwawasan luas, positif, kreatif dan solutif ialah Bomb Yourself, ledakkan potensi anda dengan melipatgandakan pelbagai cara.

Da’ie yang menang itu berfikir positif, bertindak kreatif dan berkarya solutif. Berjalan ringan, bersemangat dahsyat agar dakwah pesat dan tarbiyyah meningkat. Daie itu menjadi satu pintu bagi berjuta ilmu, satu jiwa berjuta hikmah, satu peribadi penuh inspirasi sosok murobbi happy full prestasi dahsyat full manfaat. Ingatlah! Yang paling kuat adalah yang MENANG. Yang terkuat adalah kebaikan, ia tidak akan hilang setelah mati. Begitulah Sang Da’ie dan Murobbi menebarkan segala kebaikan kepada semua insan menjadi rohmatan lil ‘alamin.

Cipta dan lakarkankan sebanyak mungkin kemenangan di dunia ini...

Menang dalam berdakwah...
Menang dalam tarbiyyah...
Menang dalam berharokah...
Menang dalam tazhiyyah...
Menang dalam berjihad...
Menang dalam thabat dan istiqamah...
Menang dalam taat dan thiqah...
Menang dalam berukhuwwah...
Menang dalam memerintah...

Ya, dunia ini disediakan untuk yang berjiwa menang. Hanya yang berjiwa menang mampu mencipta energi perubahan. Hanya yang berjiwa menang mampu menatang cabaran. Hanya yang berjiwa menang mampu menyongsong kebangkitan. Hanya yang berjiwa menang mampu menolak kezaliman dan kejahiliyahan. Hanya yang berjiwa menang mampu mencatat memoir kejayaan. Hanya yang berjiwa menang mampu membangun dan melakar peradaban. Hanya yang berjiwa menang mampu sampai arah tujuan.

Ribuan langkah kau tapaki,
Pelosok negeri kau sambangi,
Tanpa kenal lelah jemu,
Sampaikan firman Tuhanmu,
Terik matahari tak surutkan langkahmu,
Deru hujan tak runtuhkan azammu,
Ragakan terluka tak jerihkan nyalimu,
Fatamorgana dunia tak silaukan pandanganmu.
[Izzatul Islam - Sang Murabbi]

Solikhin Abu Izzudin memberikan tip 5 tangan untuk menang:

1. Tantangan, gunung akan ku daki, lautan akan ku seberangi, training ku ikuti, pelbagai kepakaran ku pelajari, praktikum ku jalani untuk meningkatkan potensi diri. Be different... be specialize...

2. Garis tangan. Doa orang tuaku, khususnya ibuku menjadi berkat melimpah. Tidak lupa juga doa teman-teman seperjuangan dalam wirid robithah.

3. Campurtangan. Tidak mungkin menjadi pemenang bersendirian. Perlu kerjasama satu pasukan. Gunakan otak sendiri dan pinjam otak orang lain. Jadilah superteam...

4. Usaha tangan, dikerjakan dengan ilmu, skill dan pengetahuan, bukan sekadar otot tapi juga otak dengan sungguh-sungguh. Think First Do Fast.. Think Fast Do First.. Think Fresh Do the Best.. Think the Best Do Fresh..

5. Buah tangan, beri apresiasi pada sekecil apapun yang diraih. Rayakan kemenangan kecil untuk kemenangan besar.

Itulah jalan menuju ke puncak kemenangan. Jalan para Hero... jalan para pemenang... jalan para pejuang... jalan para nabi... jalan para syuhadak... jalan para solihin... jalan yang penuh kenikmatan. Mereka menjadi hero bahkan superhero kerana mahu belajar dan terus belajar... mahu tarbiyyah dan terus ditarbiyyah untuk menjadi pemenang. Tarbiyyah madal hayat, long life education.

Menang di dunia dengan gelaran syuhadak..Menang di akhirat dengan kenikmatan al-Jannah. Pintunya satu, railwaynya satu, roadnya satu iaitu Jalan Dakwah.

“Di atas jalan inilah Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda r.a berjalan, demikian juga kita dan para pendokong dakwah berjalan dengan taufik dari Allah. Kita dan mereka berjalan berbekalkan dengan iman, amal, mahabbah dan ukhuwwah. Rasulullah menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatukan hati-hati mereka di atas dasar cinta dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman dan kekuatan akidah dengan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah qudwah hasanah. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya mesti menang walaupun ditentang oleh semua penghuni muka bumi ini...” kata al-Marhum Syeikh Mustafa Mahsyur, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin 5, Syeikh at-Tarbiyah wa ad-Dakwah.

Jangan kembali pulang,
Sebelum kita menang,
Walau terkapar di medan juang,
Itulah mujahid (hero) berjuang.

Jadilah pemenang, bersuara dengan kebaikan, berdendang dengan karya gemilang, menyanyi dengan prestasi yang dimiliki, tetap bersenandung mesti kesulitan mengepung... be a winner fi ad-dunya wal akhirah.

sumber : http://maalimfitariq.wordpress.com/2009/07/21/kenapa-pilih-jalan-tarbiyah/

Saturday, July 11, 2009

10 Muwasofat Tarbiyyah


10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.


Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini 'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami'

1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

  • Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
  • Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
  • Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

Pendetailan Ciri:

1. Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg maâ'thur

2. Tidak berhubung dengan Jin

3. Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin

4. Tidak menenung nasib

5. Tidak mendekati tukang tilik

6. Tidak mengusap kubur

7. Tidak meminta bantuan dari simati

8. Tidak bersumpah dgn selain Allah

9. Tidak mempercayai adanya sial

10. Mengikhlaskan amal kerana Allah

11. Mengimani rukun-rukun Iman

12. Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat

13. Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh

14. Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt

2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

  • Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
  • Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
  • Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

Pendetailan Ciri:

1. Tidak menolak utk azan

2. Bersuci dgn sempurna

3. Sangat menghargai solat berjemaah

4. Sangat suka berjemaah di masjid

5. Memperbaiki mutu solat

6. Qiamullail seminggu sekali

7. Menunaikan zakat

8. Berpuasa wajib

9. Berpuasa sunat sehari setiap bulan

10. Ada niat utk menunaikan haji

11. Beriltizam dgn adab-adab tilawah

12. Khusyuk ketka membaca al-Quran

13. Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran

14. Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan

15. Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar

16. Menjadikan setiap amalan mempunyai niat

17. Menjauhi dosa-dosa besar

18. Sentiasa membaca zikir pagi

19. Sentiasa membaca zikir petang

20. Mengingati Allah swt pada setiap situasi

21. Menunaikan Nazar

22. Menyebarkan Salam

23. Menahan anggota dari perkara haram

24. Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang

25. Menggunakan sugi/siwak

26. Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

  • Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

Pendetailan Ciri:

1. Tidak takabbur

2. Mempunyai pendirian

3. Tidak menipu

4. Tidak mencaci

5. Tidak mengadu domba

6. Tidak mengumpat

7. Tidak berdusta

8. Tidak mengejek

9. Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan

10. Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk

11. Mengasihi orang yg lebih muda

12. Menghormati orang yg lebih tua

13. Menunaikan janji

14. Menundukkan pandangan

15. Menjaga rahsia

16. Menutup dosa orang lain

17. Cemburu terhadap isteri

18. Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

  • Walaupun kaya, perlu bekerja.
  • Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
  • Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
  • Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
  • Menjauhi riba dalam semua lapangan.
  • Menyimpan untuk waktu kesempitan.
  • Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
  • Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

Pendetailan Ciri:

1. Mejauhi pekerjaaan yang haram

2. Menjauhi riba

3. Menjauhi judi

4. Menjauhi penipuan

5. Menunaikan zakat

6. Membuat simpanan walaupun sedikit

7. Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan

8. Memelihara harta awam

9. Memelihara harta peribadi

5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)

  • Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
  • Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
  • Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
  • Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

Pendetailan Ciri:

1. Mampu membaca dan menulis dgn baik

2. Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran

3. Memelihara hukum-hukum tilawah

4. Menghafaz setengah dari hadith 40

5. Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin

6. Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting

7. Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga

8. Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci

9. Mengetahui hukum-hukum solat

10. Mengetahui hukum-hukum puasa

11. Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu

12. Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden

13. Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam

14. Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng

15. Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga

16. Mendengar dengan baik

17. Mampu memberikan pandangan

18. Bersedia menerima tugas-tugas kolektif

19. Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita

6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

  • Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
  • Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan”
  • Pesanan al-Banna:

“Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan”

Pendetailan Ciri:

1. Bersih tubuh badan

2. Bersih pakaian

3. Tempat tinggal yg bersih

4. Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum

5. Tidak berjaga malam berlebihan

6. Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu

7. Bangun sebelum terbit fajar/subuh

8. Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan

9. Meninggalkan tabiat merokok

10. Menjauhi tempat-tempat kotor

11. Menjauhi tempat-tempat berpenyakit

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

  • Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
  • Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
  • Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

Pendetailan Ciri:

1. Menjauhi perkara-perkara haram

2. Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan

3. Meninggalkan tempat-tempat maksiat

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

  • Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
  • Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka “..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.”

Pendetailan Ciri:

1. Bangun awal

2. Menggunakan masa tertentu utk belajar

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

  • Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
  • Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

Pendetailan Ciri:

1. Penampilan yg elok

2. Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

  • Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
  • Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
  • Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
  • Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Pendetailan Ciri:

1. Menunaikan hak ibu bapa

2. Menyertai majlis-majlis kegembiraan

3. Membantu orang-orang yg memerlukan

4. Membimbing orang yang sesat

5. Berkahwin dgn pasangan yg sesuai


dipetik dari : http://www.dakwah.info/index.php/content-category-mainmenu-2/karya/310-10-muwasofat-tarbiyyah