Sunday, March 21, 2010

Bila manisnya terasa………. aku bagaimana?



Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu risau kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk. jadi,dia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih wara’, lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya: “Wahai Aba Abdur-rahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim berkata : “Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin.”

Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”

Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air.

Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’)
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.”

Aku berdiri dengan penuh waspada dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Sirratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahwa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat, ku cuba fahami maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.
Beginilah aku bersholat selama 30 tahun.”

Setelah Isam mendengar, menangislah dia karena membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

……..

dan solat aku bagaimana?

2 comments:

Lemi said...

Jange jadi puok sufi la.
munoh agamo.
dohla jadi koho payoh isle ni.
ngarok sufi, ngarok embeng.

angin said...

masyaAllah..terasa sgt kerdil kalau dibandingkan, ntah pape je solat selama ni,apakah mungkin ibadat ku selama ini diterima?? ermm rasanya solat paling tak kusyuk dlm idup ni adalah solat zohor kat kelas,ishh tak suke btol, slalu rs bersalah je bila lps solat zohor...bila la nak tambah sejam ni...