Friday, April 9, 2010

KEGELAPAN YANG TIGA..BUKTI KEBESARAN ALLAH..



KEGELAPAN YANG TIGA..BUKTI KEBESARAN ALLAH..




Keselamatan janin dalam rahim dijamin oleh Allah. Dalam surah Az Zumar ayat 6 Allah menjelaskan

"Dia menjadikan kamu di dalam rahim ibumu kejadian demi kejadian dalam kegelapan yang tiga"

Di dalam kitab al-Asas fi al-Tafsir oleh Said Hawa disebutkan,

"Kegelapan yang tiga adalah kegelapan yang berkaitan dengan abdomen, rahim dan uri"

Pendapat ini dinukilkan oleh Ibn Kathir daripada Abdullah Bin Abbas, Mujahid dan Ikrimah. Pendapat ini menarik kerana perkataan-perkataan 'kegelapan yang tiga' tidak ditafsirkan dalam bentuk yang abstrak malah dikaitkan dengan fizikal manusia yang dapat difahami secara umumnya.

Kedudukan janin dalam '
kegelapan yang tiga' selari dengan penemuan sains moden. Prof Keith L. Moore, Ph.D., F.I.A.C., pakar dalam bidang anatomi manusia dari Universiti Toronto, Kanada, berpendapat janin memang hidup dalam tiga tutupan atau kegelapan.

Tutupan pertama - kulit abdomen (anterior abdominal wall)

Tutupan kedua - dinding rahim (uterine wall)

Tutupan ketiga - selaput yang menutupi janin secara langsung (amniochorionic membrane)



Hal ini dilaporkan dalam The Journal of the Islamic Medical Association (1986), Volume 18, bulan Januari-Jun.

Kesemua kenyataan Quran ini mengagumkan kerana mengikut sejarah, hanya selepas mikroskop dicipta pada abad ke-17 oleh Leeuwenhoek sahaja, kajian mendalam berkenaan proses kejadian bayi dapat dilakukan. Namun kefahaman yang betul dan terperinci berkenaan tahap-tahap kejadian ini hanya diketahui pada abad ke-20 oleh Streeter pada tahun 1941 dan kemudiannya dilengkapkan oleh O'Rahilly pada tahun 1972.

Justeru, apabila Quran menjelaskan terperinci mengenai proses perkembangan embrio lebih dari 1400 tahun dahulu semasa tidak ada manusia yang mampu mengetahui mengenainya, ia membuktikan dengan jelas Quran adalah wahyu daripada Allah.

Subhanallah..

Rujukan : Quran Saintifik (Dr Danial Zainal Abidin)

11 comments:

Anonymous said...

Anterior abdominal wall kan berlapis-lapis? Takkan kau tak tahu kot?

Macam tak logik je.

Artikel-artikel macam ni la yang menjatuhkan islam tanpa sedar.

Anonymous said...

kepada komen di atas..apakah maksudnya?..adakah artikal diatas based on pandangan sendiri atau research sudah dibuat ttg itu....klo based on pandangan sendiri its not good actually to let people know ttg fakta cmni...klo based on research 100% perlu menghebohkan pada org..its important..tambah2 lagi org mcm sy yg ciap tulis dlm diari lagi setiap maklumat yg penting..sbb sy belajar psychology n sy tau serba sedikit ttg biologi,perkembangan manusia..n klo maklumat ini x betul sy rasa bersalah sgt la bila bertemu client sy suatu hari nnti....harap pemilik blog explain further

Mohd Zulhilmi Bin Azelan said...

jzkk atas komen shbt2 anon di atas..insyaAllah ana akan cuba kaji secara detail tntg ini..

ana x nampak artikel2 sprti ini dpt menjatuhkan Islam tanpa sedar..tp skiranya benar pndpt saudara/ri anon tu, ana brsedia mmbuang artikel ini dr blog ana..

yg ana nmpak, artikel sprti ini mgkn boleh membuka pemikiran shbt2 yg mempelajari proses kejadian manusia dan juga mengkaji Al-Quran..

kita boleh lihat masyarakat skrg lemah pegangannya trhadap Al-Quran..jd apa salahnya ana masukkn artikel ini sbgai usaha utk menguatkan keyakinan kita trhadap Al- Quran?

Mohd Zulhilmi Bin Azelan said...

diharap shbt2 anon di atas tidak hanya duduk diam membaca shja artikel ini..berbekalkan ilmu yg shbt2 anon ada, ana yakin antuma juga boleh mengkajinya juga..kan?

brkenaan dgn ant abd wall, memg ana tahu anterior abdominal wall consists of :

1)Skin
2)Superficial fascia
3)Muscular layer
4)Fascia transversalis
5)Extra peritoneal pad of fat
6)Parietal peritoneum

tp bukankah semua itu adalah anterior abdominal wall?
(skadar pandangan ana)

3 lapisan itu adalah pendapat Prof Keith L. Moore, Ph.D., F.I.A.C., pakar dalam bidang anatomi manusia dari Universiti Toronto, Kanada dan disokong pula oleh Dr Danial Zainal Abidin(Dr Perubatan Lepasan Al-Azhar U)

insyaAllah ana akan cuba bertanya lg utk mndapatkan pnjelasan yg lanjut..dan ana harap antuma juga akan cuba brbuat demikian..

Mohd Zulhilmi Bin Azelan said...

maaf..trsilap plak..Dr Danial bukn lepasan Al Azhar tp Universiti Iskandariah,Mesir..

Anonymous said...

if i were you, i would avoid that tafsir, it's a human made though. Obviously people might put all layers of the anterior abdominal wall into one name, make it one layer. How about the other 2 mentioned layers?

And dont be so silly, i could make the same research & name it as a research. We cant just close something by just stating the title. Well you know that, dont you? It's evidence based thing, it's not your thought based thing.

Im a post-grade doctor & it would be shame if my junior post something like this.

Mohd Zulhilmi Bin Azelan said...

Bismillah

i dont expect any post grad doc would visit my blog actually..i'm so sorry doc for any 'deficiency' in my only simple blog..

i know that the evidence-based thing is really important in medicine..but when we talk about Al-Quran n Medicine, its not all about medicine n ur thought..its also about who interprete the Quran n the Quran itself..

i know that me myself is a 'junior' in this field..but i think Dr Danial is not..coz i even heard he could teach a tafsir (fi zilalil Quran if i'm not mistaken) in his 2nd year of medical school..boleh cari lg maklumat psl dia..

Stiap kali habis posting di mana2 department, sy akan cuba 'relate'kan apa yg sy blajar dgn apa yg sy pegang selama ni..dan itu lebih menguatkan sy utk trus blajar..

xde ape yg prlu dimalukan skiranya kita cuba berkongsi..ia mgkn slh dan mgkn btul..lets Allah judge it..

sy rasa lebih malu skiranya sy menamatkan my undergad studies tanpa dpt me'relate'kan ssuatu yg sy bljar dgn kalam Allah..

ilmu Allah tu luas dan ssiapa pun layak utk mengkajinya..jd sy rasa x slh skiranya sy brpegang dgn pendapat Dr Danial dan x slh juga a post grad doc to menolaknya..its up to us..

tp stakat yg sy kaji, tafsiran 3 lapisan itu ada benarnya..(just a thought of an undergrad)

actually bila kita smakin byk mgkaji,sbnrnya masih byk lg ilmu Allah yg kita x tahu..wlaupun sorg tu ada Ph.D skalipun..jd insyaAllah sama2 kita trus blajar dan mgkaji shingga mati..

nyway, Dr 'postgrad', bleh x kita brkenalan dgn lebih rapat?mgkn lebih byk dpt kita bncgkan nant?xkanla guna nama anonymous je kot..Well you know that, dont you? It's taaruf thing..

Anonymous said...

huhu...nice comment form both of u...mr.zulhilmi and mr."post-grade doc"..huuhu...actually berdebat itu bagus namun keep smiling when u reply any comment...supaya insyaallah hati org membace pun senang huhu...

Anonymous said...

aah, mmg nice.
power r zul, mantap seyhhh.

postgrad apanye mcm tu, eja pun salah. Nah, sombong sangat, kan dah malu. haha.

Hidup zul!! Hidup zul!!

Mohd Zulhilmi Bin Azelan said...

ish jgn cmtu sedare anon..(aduh..smua pakai nama anon)..sy x nampak pun sedare post grad sombong..sy yakin dia punya pndirian dan sy juga punya pndirian sy..dan sy hormati pndirian dia..mgkn byk yg sy bleh pelajari dari org yg lebih brpengalaman dlm bidang ni insyaAllah..hrp sedare post grad x brkecil hati..(sy dan kwn2 sy ni mnth2 lg..kawen pon blom..hehe)

i'm still alive weyh.. :)

Anonymous said...

to zulhimi,post-grade doc,member zulhilmi and me bakal psychologist..aminn..hehe..kawan saya ckp "JIKA SAMPAI KEPADA KITA ADA ORANG MENCACI KITA DI ATAS KEBURUKAN KITA.SEHARUSNYA KITA BERKATA "JIKA BENAR APA YANG DIA KATA, AMPUNKANLAH DOSAKU YA ALLAH, BERILAH AKU PETUNJUK, DAN JIKA APA YANG DIKATAKANNYA ITU DUSTA, AMPUNKANLAH DOSANYA, BERILAH DIA PETUNJUK"..memang perit sebenarnya bila dikritik tp maybe kritikan itu ada benarnya atau ada salahnya...huhu