Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka perbaikilah sesama saudara-saudaramu (Al Hujuraat:10)
Thursday, June 24, 2010
MENILAI DARI KACA MATA MANUSIA YANG HINA..
Ada orang kata, hidup kita akan berjaya dan bahagia bila memegang jawatan yg hebat-hebat..
yang membolehkan kita hidup tanpa risaukan masalah kewangan..
yang membolehkan kita dikenali ramai..
yang boleh menjadi modal terbaik untuk memikat wanita..
pendek kata jawatan2 tinggi la..macam ahli perniagaan, ahli politik, jurutera, doktor..
Kepada mereka yang berpendapat sedemikian, ku ingin bertanya kepada mereka..
adakah hanya dengan itu kita dikira berjaya dalam hidup?
Adakah dengan harta yang banyak kita mampu membeli segalanya termasuk kebahagiaan?
Adakah ingin kau katakan tukang sapu sampah, pencuci tandas, dan golongan berpendapatan rendah tidak berjaya dalam hidup mereka?
Sayang..mudah sungguh kau mengukur nilai kejayaan..nilai kebahagiaan..
Ketahuilah bahawa nilai kejayaan dan kebahagiaan itu tidak ternilai oleh harta benda dan wang ringgit..
Yang membezakan seorang ahli perniagaan yang kaya raya dengan seorang tukang sapu sampah hanyalah taqwa mereka kepada Allah..
kerana pekerjaan mereka hanya sekadar pekerjaan di dunia..
tempat berteduh seketika menanti hujan reda..
sedangkan taqwa mereka adalah penentu kepada kejayaan dan kebahagiaan di akhirat sana..
Kadang2 aku juga lemah, mengukur nilai kebahagiaan seorang peminta sedekah..
ku anggap mereka tiada masa depan..tidak pernah merasa nikmat kesenangan..tidak ada yang peduli kepada mereka..
sedangkan aku..bakal berada di maqam tinggi di mata masyarakat..(rosaknya hati)..
lupakah kita pemilik nikmat dah rahmat itu berhak memberi kepada sesiapa yang Dia sukai?
hatta seorang peminta sedekah apabila menerima sedekah lantas bibirnya mengucap kalam mulia alhamdulillah..di situ sebenarnya terselit kebahagiaan hakiki bersama Tuhannya..
di situ terletaknya kesenangan hatinya..
bukankah dengan mengingati Allah itu jiwakan menjadi tenang?
berapa kali sangat kita berterima kasih kepada Sang Pemberi nikmat? berapa kali sangat???
Merasakan diri sudah cukup hebat, melupakan Dia yang memberi dan memudahkan segalanya..itulah sifat manusia..
cukuplah..cukuplah sekadar ini kau hanya mengejar kepentingan duniawi.. ukhrawimu yang entah bagaimana perlu kau kejar sekarang..
tiada kata "rilekla dulu..muda lg..enjoy la dulu" yg patut kau keluarkan lagi kerana tak semestinya yang tua itu akan pergi dahulu dan tak semestinya yang muda itu akan hidup lebih lama lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ustaz kami pernah ckp..."jangan pandang rendah pd org lain.tambah2 org yg kdg2 kte nmpk keje tukang sapu etc..even kte xtau.ade kisah tukang sapu kat masjidil haram yg sbnrnya wali"..subhanallah!
tukang sape--->dunia
wali---->akhirat
student medic--->dunia
?????--->akhirat???
sume depends on niat~same2 islah diri,iAllah..nice sharing! :)
Post a Comment