Tuesday, August 24, 2010

Al-Quran..Ramadhan..Faham?




Bismillahirrahmanirrahim..

Ramadhan kareem..kullu 'am wa antum bikheir!


alhamdulillah diberi peluang sekali lagi untuk berada di dalam ramadhan yang mulia ini untuk mendekatiNya..terasa sebelum ini jauh sekali dariNya..smoga selepas ramadhan juga kita sentiasa ingin bersama2Nya di setiap episod kehidupan ini.

Berbicara mengenai Al-Quran..kitabullah yang saban hari kita baca..steiap hari kita alunkan dgn pelbagai jenis lagu dan jenis bacaan..kadangkala terdetik di hati ini, fahamkah apa yang kita baca itu?

Sebuah analogi yang menarik yang boleh dikongsikan di sini. Pada suatu hari seorang majikan menyampaikan amanat kepada pekerja bawahannya berupa sepucuk surat yang terkandung di dalamnya isi2 penting yang perlu dibaca dan dilaksanakan oleh pekerja tersebut. Lantas, si pekerja pun membuka dan membaca surat tersebut. Malangnya, apa yang dibacanya tidak dapat difahami dan dia berfikir seketika tentang apa yang perlu dibuatnya dengan surat tersebut.

Dia sangat menghormati majikannya dan tidak ingin mengecewakan beliau dan mengambil keputusan untuk membacanya setiap hari.
Menyedari bahawa kepentingan isi surat tersebut, dia turut mencetak dan menyebarkan surat tersebut kepada teman2nya supaya mereka dapat membacanya juga. Tidak cukup dengan itu, surat itu turut di 'frame' dan diletakkan di dinding rumahnya sebagai perhiasan.

Selepas beberapa lama, majikannya bertanya akan perihal surat tersebut samada isi2 surat tersebut sudah dilaksanakan atau belum.
Si pekerja kaget dan memberitahu tentang apa yang telah dia lakukan dengan surat itu. Si majikan yang berang dengan perbuatan pekerjanya itu lantas menghukumnya untuk memberi sedikit pengajaran kerana isi surat itu sangat penting untuk dilaksanakan.

Berdasarkan analogi di atas yang cukup sinonim dengan apa yang berlaku dalam kehidupan masyarakat Islam sekarang, dapat diambil pengajaran bahawa Al-Quran itu diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada hamba2Nya bukan sekadar untuk dialunkan dengan suara yang merdu dan lagu2 yang menyedapkan telinga.

Sebaliknya, Al-Quran diturunkan untuk dijadikan panduan hidup buat seluruh ummat manusia agar tidak tersesat di dunia yang sementara dan penuh dengan ujian dan dugaan. Kegagalan untuk melaksanakan perintah Allah di dalam Al-Quran telah mengundang pelbagai bencana dan kerosakan.


Harus diingat di sini bahawa Allah S.W.T. itu masih kasih akan hamba2Nya yang seringkali terlalai dari melaksanakan perintah dan meninggalkan laranganNya. Diberikan mereka kesusahan dan ujian yang datang dengan pelbagai bentuk supaya pada akhirnya mereka kembali kepadaNya. Tapi sayang..masih ada yang menganggap bahawa kesusahan2 itu adalah tanda Allah sudah mengabaikan mereka.

Tidak dinafikan bahawa hanya dengan membaca Al-Quran itu sahaja, sudah banyak manfaat dan pahala kebaikan yang kita perolehi seperti ganjaran pahala bagi setiap huruf yang dibaca, ketenangan hati, pahala mengajarkan Al-Quran itu kepada orang lain dan lain2 lagi.

Tetapi alangkah lebih cantiknya seandainya isi2 Al-Quran itu juga bergerak bersama2 kita dalam setiap perbuatan kita..memayungi semua sistem yang ada..sudah pasti akan lebih sempurna segalanya sekiranya kalam Allah itu dijadikan panduan dalam semua hal.

Kedengaran seperti saya hanya berfantasi.

Bilakah semua itu akan berlaku?

Bilakah Al-Quran itu akan diletakkan di tempat yang tertinggi untuk menaungi semua undang2 dan panduan hidup yang ada?

Segalanya bermula dengan diri kita, diikuti dengan keluarga, masyarakat, negara , khilafah dan seterusnya insyaAllah Al-Quran dan Islam pasti akan menaungi segalanya selagi diri kita sendiri ingin bermula untuk memahaminya dan mengamalkannya.

Sama2 kita ambil sedikit pengajaran walaupun hanya sedikit..

Allahu musta'an..

Selamat meneruskan ibadah di bulan ramadhan dan selamat memburu malam al-qadr!


mujahidtibb,
3.33 pm,
Sungai Petani, Kedah.


1 comment:

musafirtibbi said...

Bak kata Syazli masa kat KISAS dulu..berapa ramai yang dah berpuluh2 kali khatam alquran..tapi berapa ramai yang dah khatam terjemahan Al Quran?