Wednesday, June 11, 2008

4 Golongan Lelaki yang Ditarik Wanita ke Neraka


Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu
dan ahli (keluarga) mu dari api neraka yang bahan
bakarnya adalah manusia dan batu;…

— Q.S. At-Tahrim (66 : 5)

Betapa hebatnya daya pikat dan tarikan wanita, bukan saja di dunia. Namun di akhirat pun demikian, maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang, atau anak harus memainkan peranan mereka dengan bersungguh-sungguh. Seorang wanita itu apabila di yaumul akhirat nanti akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Penulisan ini bukan untuk merendahkan wanita, tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya sesuai hak dan saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul di dunia!


1) Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji Al-Quran, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup sebenarnya jika hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2) Suaminya

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak
tanduk isterinya. Isterinya bergaul bebas di luar
rumah, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalnya solat tidak lalai, puasa tidak
tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.

3) Abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarga mereka saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan
sang adik perempuan di akhirat nanti.

4)Anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati ibunya perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu membuat kemungkaran seperti mengumpat,berdusta dan lain-lain maka anak lelaki itu akan ikut ditanya serta diminta
pertangungjawabannya di akhirat kelak.

Oleh itu ikhwah akhawat, jangan kita lupa bahawa setiap dari kita telah dipertanggungjawab terhadap sesuatu, maka peliharalah amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan agar kehidupan kita sentiasa diredhai Allah dan terselamat dari api meraka yang menjulang dan membakar yg mana bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu-batan..wal'iyazubillah..

2 comments:

Anonymous said...

salam..semoga kita terselamat dari azabNya yg pedih..kita hanyalah insan lemah yg bergantung harap kepada Allah semata2..terlalu byk kekurangan utk memikul beban dakwah itu..namun Allah takkan menzalimi hamba yg telah berusaha membawa manusia disekelilingnya utk kembali mendekati yg Maha Esa..Allah yg memberi hidayah ..fastaqim kama umirta..teruskan berjuang dgn risalah Islam yg kita seru..thabatkan lah hati2 kami ya Allah di atas jalan perjuangan ini..ameen..salam mahabbah..

Unknown said...

salam..minta izin untuk di link kan ke fb saya. syukran. =)