Sunday, June 29, 2008

Baik utk yang melamar ataupun yg dilamar dan yang sudah berumah tangga..


Email ini dipetik drpd seorang sahabat, dan saya kepilkan di sini utk manfaat diri saya dan semua.


Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat...... baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga......

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga.. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ......

Kerana Dia Manusia Biasa ...

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawapannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman
kak husna: Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis
lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.. ..!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-
berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.


Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli ha
kak husna: . Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe........

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu…......

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *******

Kepada Yth .........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ...............menginginkan anda ...............untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ***
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan

"Kenapa kamu memilih dia......?"

"Kerana dia manusia biasa....... " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.

"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah
dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi
hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Sunday, June 22, 2008

1 kholas..tinggal 8 je lg..


Salam..alhamdulillah..1 madah(subject) dh brjaya diselesaikn (tp xtau la brjaya ke x nant)..moga2 Allah luluskn nant(target x repeat je)..nk kata sush x sushny paper biochemistry ni..pemberat pun plg tggi skali..tp di sebalik kesushan bljr biochem dek krana byknya formula2 yg ntah dr mana direka oleh saintis2 masa silam, ada juga timbul dlm hati ni sronoknya megetahui formula2 yg trkadang pendek2 & slalunya pnjang lebar.

Ana rasa utk ssiapa saja yg ingin menyambung bidang kepakaran dlm bidang paediatric(kanak2), slh 1 subject yg prlu diambil prhatian dan prlu dihadam btul2 ialah biochemistry krana timbulnya pelbagai jenis sindrom dan penyakit di kalangan kanak2 byk berkait dgn biochemistry..sbgai contohnya, 1 cntoh penyakit yg diberi nama phenyl ketonuria..dlm penyakit ini, tubuh kanak2 trsubut mengalami masalah dlm penghasilan enzyme phenylalanine hydroxylase atau dihydrobiopterine reductase. Ini menyebabkn kegagalan penukaran phenylalanine amino acid kpd tyrosine lantas meninggikan level phenylalanine dlm darah..sbgai akibatnya,kanak2 yg mengalami masalah ini jika tidak dikesan lebih awal akan mengalami kecacatan mental, bau urine sprti bau tikus, kulit dan rmbut yg brwrna cerah dan juga mata yg brwrna biru..mgkn org akan kata, cntikla klau mata biru..memg cntik..tp bukn sbb semulajadi,tp sbb penyakit..dan apa gunanya kecantikan andai kata akal tidak dpt digunakn dgn baik..

Byk lagi penyakit2 yg brkaitan dgn segala jenis bahan yg mengalir dlm tubuh kita yg dpt dipelajari dr subject ini..andai kata wujud minat yg mendalam dlm subject ini, insyaAllah ssuatu yg sush akan dipermudhkn..yg pnting skali ikhlaskn niat bljr hanya kerana Allah S.W.T...kpd shbt2 2nd year yg lain, dont give up!!! ada 8 lg subject utk kita tempuh brsama..brusaha,brdoa dan brtawakkallah kpd Allah..insyaAllah Allah akan beri kejayaan kpd kita..Robbuna yunajjihkuu!!!

ROBBANA 'ALAIKA TAWAKKALNA WA ILAIKA ANABNA WA ILAIKAL MASIR..

Sekian..wallahua'alam..

Thursday, June 19, 2008

Seorang Tukang Cukur..


Kisah yang menarik untuk menyedarkan hati yg sering merasa ragu2 akan kekuasaan Allah..Moga yg blom diketuk pintu hatinya akan segera segera diberikn kesedaran oleh Allah dan hati yg telah disinari hidayahNya akan cuba menerangi hati2 yg lain..

Seorang laki-laki bernama Bador datang ke sebuah salon untuk memotong rambut dan janggutnya. Ia pun memulai sedikit perbualan yang hangat dengan tukang cukur yang melayani nya. Berbagai macam topik pun akhirnya jadi pilihan, hingga akhirnya Tuhan jadi subjek perbualan.

Hai Tuan, saya ini tidak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang anda katakan tadi," ujar si tukang cukur. Mendengar ungkapan itu,Bador terkejut dan bertanya, Mengapa anda berkata demikian?"..Mudah saja, cuba anda menjengok ke luar jendela itu dan sedarlah bahawa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? mengapa banyak anak yang terlantar? Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan
penderitaan
.Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi???..."ungkapnya dengan nada yang tinggi.

Bador pun berpikir tentang apa yang baru saja dikatakan sang tukang cukur. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon agar argumen tersebut tidak lebih meluas lagi.
Ketika sang tukang cukur selesai melakukan pekerjaannya, Bador pun berjalan keluar dari salon. Baru beberapa langkah, ia bertembung dengan seorang laki-laki berambut panjang dan janggutnya pun lebat. Sepertinya ia sudah lama tidak pergi ke tukang cukur dan itu membuatkannya terlihat tidak kemas.

Bador kembali masuk ke dalam salon dan kemudian berkata pada sang
tukang cukur, "Tukang cukur itu tidak ada!"... Sang tukang cukur pun
terkejut dengan perkataan Bador tersebut. "Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang cukur," sanggah sang tukang cukur. Bador kembali berkata tegas, "Tidak, mereka tidak ada. Kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut panjang dan berjanggut
lebat
seperti contohnya lelaki di luar itu."

"Ah, anda merepek saja...Tukang cukur itu selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah bahawa dia tidak mau datang ke salon saya untuk dicukur," jawabnya tenang sambil tersenyum. "Tepat!" tegas Bador. "Itulah contohnya. Tuhan itu ada. Yang terjadi
pada umat manusia itu adalah kerana mereka tidak mau datang mencari
dan menemui-Nya
. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di
seluruh dunia ini...."

Monday, June 16, 2008

Renungi diri kita hari ini..

Manusia macam kita
Memang pandai bercakap
Menyalahkan orang lain
Mengutuk orang lain
Perlekeh orang lain
Merendahkan orang lain

Orang macam kita
Di mana-mana pun ada
Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain
Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri
Tengok pada diri sendiri dahulu

Jangan...

Asyik mengata orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik menyalahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengutuk orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik perlekehkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik merendahkan orang, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berceramah sana sini,! Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkuliah sana sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berdakwah sana sini, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersajak berpuisi, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bercerpen bernovel, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berforum di internet, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berchit-chat di IRC, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bergebang di telefon, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mendongak televisyen, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap komputer, Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca buku ilmiah, Al-Quran kamu tak baca
Asyik baca majalah tabloid, Al-Quran kamu tak baca
Asyik bersembang politik, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengulit isteri, Al-Quran kamu tak baca
Asyik berkepit dengan suami, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengasuh anak, Al-Quran kamu tak baca
Asyik ber'e-mel' dengan kawan, Al-Quran kamu tak baca
Asyik membelek handphone, Al-Quran kamu tak baca
Asyik mengadap vcd ceramah, Al-Quran kamu tak baca

Kenapa tak baca?

Tak sempat
Busy
Tak faham
Tak reti
Malas

Kenapa tak baca?
dapat surat dari pejabat tanah dalam bahasa melayu,
kamu boleh baca
dapat surat lawyer dalam bahasa inggeris,
kamu boleh baca
dapat surat daripada Allah dalam bahasa Arab
kamu tak boleh baca

Apa nak jadi?
Rugi rugi rugi
Itu sajalah bekalan
Untuk diri sendiri
Di belakang hari
Dan hari ini

Al-Quran teman sejati
Di kala kaki tak mampu berdiri
Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi
Di kala lutut lenguh setiap sendi
Di kala badan tak mampu kesana kemari
Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi
Di kala tekak tak rasa apa lagi
Rumah kata pergi
Kubur kata mari sini
Juga buat teman di kala sendiri
Dalam kubur sunyi sepi
Menangislah sepuas hati

Mulai dari hari ini
Menyesali diri
Yang jahil dan dhaif sekali
Ambillah insiatif sendiri
Untuk baiki diri
Jangan hanya duduk sesali diri
Melihat Al-Quran menyusup pergi
hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi
istilah juga tidak berguna lagi kerana ertinya tidak difahami

Bacalah Al-Quran hari ini!

Friday, June 13, 2008

KESUNYIAN DAN KESEDIHAN DI ATAS KEBENARAN

Telah berkata sebahagian ulama salaf:

"Hendaklah kamu berpegang teguh kepada kebenaran, dan janganlah berasa sunyi (atau sedih) kerana melihat jumlah yang kecil yang berjalan di atasnya. Sebaliknya, jauhilah kebatilan, dan janganlah kamu tertipu kerana melihat jumlah yang ramai di atasnya."
(Madarijus Salikin - Ibn Qaiyim Al-Jauzi Jilid 1 halaman 22)

Kebenaran ada maharnya dan maharnya ialah ujian dan pengorbanan. Kebenaran tidak ditentukan oleh suara majoriti. Ia ditentukan oleh Al-Quran dan juga As-Sunnah. Ketika Baginda Nabi memperjuangkan Islam di Mekah, Baginda dan sahabat-sahabat merupakan golongan minoriti berbanding dengan musuh-musuh mereka. Namun mereka tetap cekal dan sabar di dalam perjuangan, semata-mata untuk mencari keredaan Ilahi. Begitulah keadaan Islam ketika ianya bermula dan begitulah akan jadi keadaannya di waktu ianya berakhir. Dalam sebuah hadis, Nabi telah bersabda:

“Islam bermula dalam keadaan asing dan ianya akan kembali asing sepertimana ia bermula dahulu. Kebahagiaanlah bagi mereka yang asing.”
(Hadis diriwayatkan oleh Abdullah ibn Mas’ud dan mengikut Imam Tarmuzi ianya Gharib bertaraf Hasan Sahih.)

Di akhir zaman, tidak ramai yang komited dengan kebenaran, dan mereka yang benar-benar hendak menghayati Islam sering dipandang serong malah kadangkala akan dicap dengan gelaran-gelaran yang negatif. Namun ketika iman sudah menghiasi hati dan kelazatannya mula dikecapi, semua ujian dan tribulasi tidak akan dapat menggugat diri. Kesunyian, kesedihan dan kekecewaan akan berganti dengan keyakinan dan kesyukuran, kerana merasakan bahawa Allah masih sayangkannya.

“Sesungguhnya Allah akan membela mereka yang benar-benar beriman.” (Al-Haj 22:38)

Begitulah janji Allah dan Allah tidak pernah memungkiri janji. Beruntunglah mereka yang terangsang dengan janji-janji ini dan tidak terpedaya dengan janji-janji manusia yang terbabas. Salah satu contoh yang menarik yang ditonjolkan oleh Al-Quran ialah tentang golongan yang bergelar 'Ashabul Kahfi.'

"Mereka adalah anak-anak muda yang beriman dengan Tuhan mereka dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka." (Al-Kahfi 18:13)

'Ashabul Kahfi' merupakan anak-anak kepada raja dan pembesar Rom ketika itu. Jumlah mereka tidak ramai dan mengikut Ibn 'Abbas berkemungkinan berjumlah tujuh orang sahaja (Rujukan: Tafsir Al-Azhar -- Hamka.) Namun mereka tidak mengikut arus malah mereka tegas menyatakan kebenaran kepada pemimpin dan masyarakat. Justeru itu Allah merahmati hidup mereka dan memberikan pertolongan kepada mereka.

Inilah kisah untuk kita jadikan contoh pada hari ini. Kisah tentang kecekalan dan kesungguhan untuk menegakkan kebenaran walaupun dikelilingi oleh seribu-satu cabaran.

Wassalam.

Wednesday, June 11, 2008

Salam mujahadah utk ikhwah & akhawat yg bakal menghadapi final exam..

Assalamualaikum..walaupun study leave dh brmula, tgn ni tetap gatal nk update blog ni..xpela..mayb yg ni yg last..pasni berhenti kejap utk bg laluan kpd buku2 yg tggi menggunung yg prlu dimuroja'ah..just nk ucapkan selamat brmujahadah buat smua pelajar perubatan Universiti Iskandariah yg sedang dan akan mengambil imtihan akhir sanah..sama2 doakan kejayaan utk kita smua..dan x lupa juga ikhwah akhawat dr universiti2 lain di seluruh dunia..Robbana yunajjahku insyaAllah..

p/s : study2 jugak..ibadah kepada Allah jgn kita abaikan..

study+doa+tawakkal+taqarrub= biiznillah annajah..




Doa Seorang Akh..


Ya Rabbii...

Aku berdo'a untuk seorang insan yang akan menjadi
sebahagian dari hidupku
Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari
segala sesuatu
Seorang insan yang akan meletakkanku pada tempat
keempat di hatinya setelah Engkau, Rasul Mu dan
Jihad di jalan Mu
Seorang insan yang hidup bukan untuk dirinya
sendiri tetapi untukMu

Kejelitaan wajah dan daya tarikan fizikal tidaklah penting
Yang penting adalah sekeping hati yang sungguh
mencintai sentiasa bertaqarrub kepadaMu
dan berusaha menjadikan sifat-sifatMu ternukil pada
keindahan dirinya
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk
apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak tidak
hanya otak yang cerdas
Seorang insan yang tidak hanya mencintaiku tapi
juga menghormatiku
Seorang insan yang tidak hanya menyayangiku tetapi
juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah

Seseorang yang mencintaiku bukan kerana
kekacakanku tapi kerana hatiku
Seorang insan yang dapat menjadi sahabat
terbaikku dalam setiap waktu dan keadaan
Seseorang yang dapat membuatku merasa
sebagai seorang muslim ketika aku di sisinya

Rabbii...
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna
namun aku meminta seseorang yang tidak
sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya sempurna di
mataMu
Seorang insan yang mengimpikan sokonganku
sebagai peneguhnya
Seorang insan yang mengharapkan doaku untuk
kehidupannya
Seseorang yang menginginkan senyumku untuk
mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk
membuat hidupnya menjadi sempurna

Rabbii...
Aku juga meminta,
Buatlah aku menjadi seorang mujahid yang dapat
membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu
sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar
cintaku

Berikanlah sifat yang lembut sehingga
keyakinanku datang dariMu
Berikanlah aku tangan sehingga aku selalu
mampu berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat
melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk
dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata
bijaksana,
mampu memberikan semangat serta
mendukungnya setiap saat dan tersenyum untuk
dirinya setiap pagi

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku
berharap kami berdua dapat mengatakan:
"Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah
memberikan kepadaku pasangan yang dapat
membuat hidupku menjadi sempurna."

Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami
bertemu pada waktu yang tepat
Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya
indah pada waktu yang telah Engkau tentukan.

p/s : tidak salah berdoa dipertemukan jodoh yg baik walaupun masih terasa diri terlalu muda untuk memikirkn soal pasangan hidup..mintalah dari Allah dari sekecil2 perkara sehinggalah sebesar2 perkara..sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

4 Golongan Lelaki yang Ditarik Wanita ke Neraka


Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu
dan ahli (keluarga) mu dari api neraka yang bahan
bakarnya adalah manusia dan batu;…

— Q.S. At-Tahrim (66 : 5)

Betapa hebatnya daya pikat dan tarikan wanita, bukan saja di dunia. Namun di akhirat pun demikian, maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang, atau anak harus memainkan peranan mereka dengan bersungguh-sungguh. Seorang wanita itu apabila di yaumul akhirat nanti akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Penulisan ini bukan untuk merendahkan wanita, tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya sesuai hak dan saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul di dunia!


1) Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji Al-Quran, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup sebenarnya jika hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2) Suaminya

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak
tanduk isterinya. Isterinya bergaul bebas di luar
rumah, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalnya solat tidak lalai, puasa tidak
tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.

3) Abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarga mereka saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan
sang adik perempuan di akhirat nanti.

4)Anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati ibunya perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu membuat kemungkaran seperti mengumpat,berdusta dan lain-lain maka anak lelaki itu akan ikut ditanya serta diminta
pertangungjawabannya di akhirat kelak.

Oleh itu ikhwah akhawat, jangan kita lupa bahawa setiap dari kita telah dipertanggungjawab terhadap sesuatu, maka peliharalah amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan agar kehidupan kita sentiasa diredhai Allah dan terselamat dari api meraka yang menjulang dan membakar yg mana bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu-batan..wal'iyazubillah..

Friday, June 6, 2008

ISLAM AND TERRORISM..

ISLAM AND TERRORISM

BY

DR. ZAKIR NAIK




MUSLIMS ARE FUNDAMENTALISTS AND TERRORISTS

Question:

Why are most of the Muslims fundamentalists and terrorists?

Answer:

This question is often hurled at Muslims, either directly or indirectly, during any discussion on religion or world affairs. Muslim stereotypes are perpetuated in every form of the media accompanied by gross misinformation about Islam and Muslims. In fact, such misinformation and false propaganda often leads to discrimination and acts of violence against Muslims. A case in point is the anti-Muslim campaign in the American media following the Oklahoma bomb blast, where the press was quick to declare a ‘Middle Eastern conspiracy’ behind the attack. The culprit was later identified as a soldier from the American Armed Forces.

Let us analyze this allegation of ‘fundamentalism’ and ‘terrorism’:

1. Definition of the word ‘fundamentalist’

A fundamentalist is a person who follows and adheres to the fundamentals of the doctrine or theory he is following. For a person to be a good doctor, he should know, follow, and practise the fundamentals of medicine. In other words, he should be a fundamentalist in the field of medicine. For a person to be a good mathematician, he should know, follow and practise the fundamentals of mathematics. He should be a fundamentalist in the field of mathematics. For a person to be a good scientist, he should know, follow and practise the fundamentals of science. He should be a fundamentalist in the field of science.

2. Not all ‘fundamentalists’ are the same

One cannot paint all fundamentalists with the same brush. One cannot categorize all fundamentalists as either good or bad. Such a categorization of any fund amentalist will depend upon the field or activity in which he is a fundamentalist. A fundamentalist robber or thief causes harm to society and is therefore undesirable. A fundamentalist doctor, on the other hand, benefits society and earns much respect.

3. I am proud to be a Muslim fundamentalist

I am a fundamentalist Muslim who, by the grace of Allah, knows, follows and strives to practise the fundamentals of Islam. A true Muslim does not shy away from being a fundamentalist. I am proud to be a fundamentalist Muslim because, I know that the fundamentals of Islam are beneficial to humanity and the whole world. There is not a single fundamental of Islam that causes harm or is against the interests of the human race as a whole. Many people harbour misconceptions about Islam and consider several teachings of Islam to be unfair or improper. This is due to insufficient and incorrect knowledge of Islam. If one critically analyzes the teachings of Islam with an open mind, one cannot escape the fact that Islam is full of benefits both at the individual and collective levels.

4. Dictionary meaning of the word ‘fundamentalist’

According to Webster’s dictionary ‘fundamentalism’ was a movement in American Protestanism that arose in the earlier part of the 20th century. It was a reaction to modernism, and stressed the infallibility of the Bible, not only in matters of faith and morals but also as a literal historical record. It stressed on belief in the Bible as the literal word of God. Thus fundamentalism was a word initially used for a group of Christians who believed that the Bible was the verbatim word of God without any errors and mistakes.

According to the Oxford dictionary ‘fundamentalism’ means ‘strict maintenance of ancient or fundamental doctrines of any religion, especially Islam’.

Today the moment a person uses the word fundamentalist he thinks of a Muslim who is a terrorist.

5. Every Muslim should be a terrorist

Every Muslim should be a terrorist. A terrorist is a person who causes terror. The moment a robber sees a policeman he is terrified. A policeman is a terrorist for the robber. Similarly every Muslim should be a terrorist for the antisocial elements of society, such as thieves, dacoits and rapists. Whenever such an anti-social element sees a Muslim, he should be terrified. It is true that the word ‘terrorist’ is generally used for a person who causes terror among the common people. But a true Muslim should only be a terrorist to selective people i.e. anti-social elements, and not to the common innocent people. In fact a Muslim should be a source of peace for innocent people.

6. Different labels given to the same individual for the same action, i.e. ‘terrorist’ and ‘patriot’

Before India achieved independence from British rule, some freedom fighters of India who did not subscribe to non-violence were labeled as terrorists by the British government. The same individuals have been lauded by Indians for the same activities and hailed as ‘patriots’. Thus two different labels have been given to the same people for the same set of actions. One is calling him a terrorist while the other is calling him a patriot. Those who believed that Britain had a right to rule over India called these people terrorists, while those who were of the view that Britain had no right to rule India called them patriots and freedom fighters.

It is therefore important that before a person is judged, he is given a fair hearing. Both sides of the argument should be heard, the situation should be analyzed, and the reason and the intention of the person should be taken into account, and then the person can be judged accordingly.

7. Islam means peace

Islam is derived from the word ‘salaam’ which means peace. It is a religion of peace whose fundamentals teach its followers to maintain and promote peace throughout the world.

Thus every Muslim should be a fundamentalist i.e. he should follow the fundamentals of the Religion of Peace: Islam. He should be a terrorist only towards the antisocial elements in order to promote peace and justice in the society.


WAS ISLAM SPREAD BY THE SWORD?

Question:

How can Islam be called the religion of peace when it was spread by the sword?

Answer:

It is a common complaint among some non-Muslims that Islam would not have millions of adherents all over the world, if it had not been spread by the use of force. The following points will make it clear, that far from being spread by the sword, it was the inherent force of truth, reason and logic that was responsible for the rapid spread of Islam.

1. Islam means peace.

Islam comes from the root word ‘salaam’, which means peace. It also means submitting one’s will to Allah (swt). Thus Islam is a religion of peace, which is acquired by submitting one’s will to the will of the Supreme Creator, Allah (swt).

2. Sometimes force has to be used to maintain peace.

Each and every human being in this world is not in favour of maintaining peace and harmony. There are many, who would disrupt it for their own vested interests. Sometimes force has to be used to maintain peace. It is precisely for this reason that we have the police who use force against criminals and anti-social elements to maintain peace in the country. Islam promotes peace. At the same time, Islam exhorts it followers to fight where there is oppression. The fight against oppression may, at times, require the use of force. In Islam force can only be used to promote peace and justice.

3. Opinion of historian De Lacy O’Leary.

The best reply to the misconception that Islam was spread by the sword is given by the noted historian De Lacy O’Leary in the book ’Islam at the cross road’ (Page 8):

’History makes it clear however, that the legend of fanatical Muslims sweeping through the world and forcing Islam at the point of the sword upon conquered races is one of the most fantastically absurd myth that historians have ever repeated.’


4. Muslims ruled Spain for 800 years.

Muslims ruled Spain for about 800 years. The Muslims in Spain never used the sword to force the people to convert. Later the Christian Crusaders came to Spain and wiped out the Muslims. There was not a single Muslim in Spain who could openly give the adhan, that is the call for prayers.

5. 14 million Arabs are Coptic Christians.

Muslims were the lords of Arabia for 1400 years. For a few years the British ruled, and for a few years the French ruled. Overall, the Muslims ruled Arabia for 1400 years. Yet today, there are 14 million Arabs who are Coptic Christians i.e. Christians since generations. If the Muslims had used the sword there would not have been a single Arab who would have remained a Christian.

6. More than 80% non-Muslims in India.

The Muslims ruled India for about a thousand years. If they wanted, they had the power of converting each and every non-Muslim of India to Islam. Today more than 80% of the population of India are non-Muslims. All these non-Muslim Indians are bearing witness today that Islam was not spread by the sword.

7. Indonesia and Malaysia.

Indonesia is a country that has the maximum number of Muslims in the world. The majority of people in Malaysia are Muslims. May one ask, ’Which Muslim army went to Indonesia and Malaysia?’

8. East Coast of Africa.

Similarly, Islam has spread rapidly on the East Coast of Africa. One may again ask, if Islam was spread by the sword, ’Which Muslim army went to the East Coast of Africa?’

9. Thomas Carlyle.

The famous historian, Thomas Carlyle, in his book ’Heroes and Hero worship’, refers to this misconception about the spread of Islam: ’The sword indeed, but where will you get your sword? Every new opinion, at its starting is precisely in a minority of one. In one man’s head alone. There it dwells as yet. One man alone of the whole world believes it, there is one man against all men. That he takes a sword and try to propagate with that, will do little for him. You must get your sword! On the whole, a thing will propagate itself as it can.’

10. No compulsion in religion.

With which sword was Islam spread? Even if Muslims had it they could not use it to spread Islam because the Qur’an says in the following verse:

’Let there be no compulsion in religion:
Truth stands out clear from error’
[Al-Qur’an 2:256]

11. Sword of the Intellect.

It is the sword of intellect. The sword that conquers the hearts and minds of people. The Qur’an says in Surah Nahl, chapter 16 verse 125:

’Invite (all) to the way of thy Lord
with wisdom and beautiful preaching;
and argue with them in ways that are
best and most gracious.’
[Al-Qur’an 16:125]

12. Increase in the world religions from 1934 to 1984.

An article in Reader’s Digest ‘Almanac’, year book 1986, gave the statistics of the increase of percentage of the major religions of the world in half a century from 1934 to 1984. This article also appeared in ‘The Plain Truth’ magazine. At the top was Islam, which increased by 235%, and Christianity had increased only by 47%. May one ask, which war took place in this century which converted millions of people to Islam?

13. Islam is the fastest growing religion in America and Europe.

Today the fastest growing religion in America is Islam. The fastest growing religion in Europe in Islam. Which sword is forcing people in the West to accept Islam in such large numbers?

14. Dr. Joseph Adam Pearson.

Dr. Joseph Adam Pearson rightly says, ’People who worry that nuclear weaponry will one day fall in the hands of the Arabs, fail to realize that the Islamic bomb has been dropped already, it fell the day MUHAMMED (pbuh) was born’

Kejarlah Tuhan , dan jangan kejar SyurgaNya..


Kejarlah Tuhan , dan jangan kejar SyurgaNya
Tuan Syurga lebih utama daripada SyurgaNya
Carilah Tuhan dan jangan cari fadilatnya
Dapat Tuhan, Dapatlah segala-galanya

Cari Tuhan kerana kita hendak
memperhambakan diri kepadaNya
Cari Syurga atau fadilatnya ertinya
hendak membesarkan nikmat Tuhan

Mengapa hendak membesarkan diri kepada makhluk?
Memperhambakan diri kepada Khaliq bukankah yang lebih utama?
Jika mengejar fadilat , rasa bertuhan tidak ada.
Jika rasa bertuhan tidak ada, rasa kehambaan pun tidak ada.

Sedangkan fungsi hamba
hendak melahirkan rasa kehambaan
Kalau rasa kehambaan tidak ada,
mazmumah tidak akan dapat dimusnahkan!

Kerana itulah orang yang beribadah
Kerana Syurga atau Fadilat
Perangainya tidak berubah
Bahkan adakalanya ibadahnya itulah
yang menyuburkan mazmumahnya

Mengapa beribadah kerana Syurga dan Fadilat?
Syurga dan Fadilat adalah hak Tuhan
yang memang telah ditentukan olehNya
Carilah Tuhan
Dapat Tuhan, syurga dan Fadilatnya pun dapat sama
Kerana itulah syurga dan fadilat tak perlu difikirkan

Mencari Syurga atau Fadilat
Syurga atau Fadilat belum dapat
Tuhan sudah tentu tak dapat

Yang hendak kita cintai adalah Tuhan
Kerana Dia pencipta kita
Bukan Syurga atau Fadilat yang kita cintai
Betulkan semula fungsi ibadah kita
Agar matlamat ibadah itu tepat pada sasarannya

Thursday, June 5, 2008

Salam taaruf..


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh,

Setinggi kesyukuran ana rafaa’kan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia hidayah dan ‘inayahNya, kita dapat terus hidup di muka bumi Allah yang sementara ini..berbekalkan iman dan islam hasil perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.,para sahabat,tabi’in,tabi’ tabi’in dan para daie. Semoga perjuangan mereka sentiasa diingati dan diteruskan oleh generasi syabab masakini agar cahaya Islam dan Iman terus menerangi umat Islam yang dahagakan cahaya kebenaran..

Alhamdulillah, weblog ini merupakan wadah baru ana untuk menyampaikan apa-apa yang mampu ana sampaikan agar menjadi peringatan buat diri ana khususnya dan jua sesiapa sahaja yang sudi melewati weblog ana amnya..Sebagaimana kalam junjungan besar S.A.W. “Ballighu ‘anni walau ayah”(sampaikanlah dari aku walaupun satu ayat),diri ini terasa perlu untuk bersama-sama dengan sahabat-sahabat lain yang telah lebih awal dari ana menyusuri wadah perjuangan dakwah secara maya ini agar Islam dan tarbiyah dapat dikukuhkan dan diperteguhkan..sekiranya ada kekurangan dalam penulisan ana, berilah teguran secara hikmah..semoga ia menjadi pengajaran bersama..

Taaruf ringkas dari ana,

Nama : Mohd Zulhilmi Bin Azelan.

Negeri Asal : Pulau Pinang Pulau Mutiara.

Menetap : Sungai Petani, Kedah.

Lokasi semasa : Iskandariah, Mesir.

Tempat pengajian : Fakulti Perubatan, Universiti Iskandariah, Mesir.

Tahun pengajian : Dua.

Sekian saja kalam bicara pembuka kata dari ana insan yang dhaif ini..

~Setiap kata-kata itu boleh diterima dan ditolak melainkan kata-kata Rasulullah S.A.W.~

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..

Ikhlas dari hati ke hati,

mujahidtibbi