Sunday, July 26, 2009

Adnaha salamatus sadr wa a'laha al ithar

Laporan Separa Lengkap PMPI ALEX 2009


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah summal hamdulillah..

Pada 23 hingga 25/7/09 yang lepas, ikhwah dari Muhafazah Iskandariah, Mesir telah berjaya menganjurkan Program Perkhemahan Musim Panas ISMA Mesir (PMPI) yang diadakan di Marsa Matrouh, Mesir. Program ini disertai oleh 32 orang ikhwah yang kesemuanya adalah pelajar-pelajar perubatan Universiti Iskandariah.

Antara hadaf utama program ini dianjurkan adalah untuk menyemai, memahami & menghargai nilai ukhwah sejati sesama muslim selepas penat bermujahadah di pentas imtihan akhir semester. Selain itu, program ini juga diharapkan mampu meningkatkan tahap ‘ubudiyyah para peserta dan menyedarkan para peserta akan hakikat kepentingan untuk umat Islam mengambil berat tentang hal-hal umat Islam di seluruh dunia.

Pada hari pertama program, peserta-peserta telah dibawa menghayati keindahan panorama Teluk ‘Ajeebah(‘Ageeba) yang diciptakan Allah dengan begitu indah sekali. Subhanallah! Teluk ‘Ajeebah dikatakan antara pantai-pantai yang tercantik di dunia. Seterusnya, para peserta menghabiskan lebih kurang 20 minit di Hammam(tempat bersiram) Cleopatra. Selepas itu, para peserta bergerak menuju ke rumah-rumah sewa yang terletak berhampiran dengan Syati’ Nakhil.

Para peserta diberikan kesempatan untuk solat zohor&asar, berehat dan makan tengahari di rumah2 sewa masing2 mengikut kumpulan. Mereka telah dibahagikan kepada empat kumpulan(Ceria, Riang, Gembira & Harmoni). Pada petang itu juga, acara-acara pantai yang menarik telah bermula di mana setiap kumpulan menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk memenangi setiap acara yang dipertandingkan. Selepas penat bermain, para peserta telah diminta untuk menyuarakan sebarang faedah & manfaat yang mereka perolehi daripada setiap acara tersebut. Mereka juga diingatkan kembali agar memelihara hadaf utama program itu iaitu memelihara ukhwah di kalangan para peserta.

Pada sebelah malamnya pula, para peserta dihidangkan pula dengan indoor games yang semestinya menceriakan, menguji ukhwah di kalangan peserta & mengingatkan para peserta akan kepentingan untuk terus memelihara ukhwah sesama muslim.

Hari kedua program dimulakan dengan solat subuh berjemaah. Tepat jam 7 pagi, permainan-permainan pantai bermula. Antara acara2 yg dipertandingkan adalah Impulse, Sendu Sendak. makan tembikai dan bola sepak pantai. Acara2 ini ternyata begitu memenatkan para peserta yang rata2nya sudah lama tidak aktif bersukan lantaran sibuk menelaah pelajaran untuk final exam. Namun begitu, terlakar wajah2 ceria & senyuman puas di kalangan peserta menandakan semua peserta benar2 ‘enjoy’. Sesi ‘feed back’ bagi setiap acara menyusul selepas itu. Pada sebelah petangnya pula, para peserta telah dibenarkan untuk membeli belah di Suq(Pasar) Libya. Pelbagai barang seperti balah billuz, balah bissyokolatah, buah tin dan pakaian2 yg murah2 belaka berjaya memikat hati para peserta.

Selepas puas membeli belah, para peserta pulang ke rumah2 sewa dan bersiap untuk malam kesenian & BBQ. Tepat jam 9 malam, malam kesenian dimulakan di mana setiap kumpulan diwajibkan untuk mementaskan persembahan sketsa & nasyid. Setiap kumpulan telah menyampaikan persembahan dengan penuh penghayatan dengan pelbagai idea yg kreatif. Ternyata kumpulan RIANG(group ana) telah berjaya mengungguli persembahan pada malam itu..hehe..jangan marah ek kumpulan2 lain! Walau bagaimanapun, bukanlah kemenangan yg menjadi hadaf utama semua permainan, persembahan & acara, tetapi apa yang lebih penting ialah penghayatan setiap peserta dalam setiap aktiviti yang dijalankan agar dapat mengubah peserta walaupun sedikit ke arah yang lebih baik.

Hari ketiga merupakan hari terakhir program di mana para peserta dibenarkan untuk mandi laut selama sejam. Selapas itu, minda para peserta disajikan pula dengan pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Suhail Sufian, pelajar Kuliyah Syariah Islamiah, Universit Al-Azhar, Tanta. Antara isi2 penting yang disampaikan adalah realiti penindasan yang dikenakan kepada umat Islam di Ambon(Indonesia), Gujerat(India), Yala( Thailand) & Xinjiang(China). Para peserta diberikan ruang untuk berfikir & menyuarakan pendapat tentang mengapa penindasan2 itu berlaku & apakah peranan mereka untuk membantu.

Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan sesi Sidang Pleno. Setiap kumpulan diminta untuk menyuarakan setiap faedah yg mereka perolehi sepanjang 3 hari program. PMPI Alex 09 diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada semua kumpulan dan seperti yang telah dibajet, KUMPULAN RIANG telah berjaya menjadi juara keseluruhan. Tepat jam 3 setengah petang, para peserta bertolak pulang ke Iskandariah.

SEMOGA UKHWAH FILLAH YANG TERBINA LESTARI SELAMANYA!!!

p/s : laporan di atas agak bias kepada kumpulan riang..
Akhukum fillah,
Mohd Zulhilmi Bin Azelan

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN DI MATROUH



Berkumpul di depan Game' Ibrahim, El Azarita


Teluk Ageeba


Seusai acara makan tembikai


Kumpulan RIANG..diketuai oleh akhi Rahman D


Acara Impulse..neurotransmitter sape lg pantas?


Sunrise or sunset? sunsilk kot..


Sendu sendak plak..letih woo..


Bola beracun..WHO dh stop dh kira jumlah mangsa..


Sesi perkongsian selepas permainan


Bersama banner di Teluk 'Ageeba


Kira jangan x kira..soalan add maths..dh karat dh ajk2 oi..


Hammam Cleopatra kat blakang tu..







2 comments:

Anonymous said...

bukan adnanuha tp adnaha..

Mohd Zulhilmi Bin Azelan said...

syukran sbb btulkan..